Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, meng­anggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tidak mungkin, tidak boleh jadi, tidak masuk akal, tidak munasabah, bukan-bukan, tidak-tidak, ganjil-ganjil, tidak beralasan, muhal, lengkara;,

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih.

1. Kain itu berlatar warna gelap.

2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu.

3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 

4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu.

Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa25.05.2010
salam! apakah yang dimaksudkan dengan perkataan mumkin,tawassul,tahkikMumkin bermaksud keadaan antara wajib dan mustahil. Tahkik pula pula ialah pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti;  benar atau sahih. Tawassul pula ialah perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat khusus mahupun umum. Terima kasih.Makna09.10.2008
peranan sayembara dalam perkembangan sasteraUntuk membincangkan peranan sayembara dalam perkembangan sastera dalam ruang yang begini adalah mustahil, tetapi untuk membantu saudara, saya sarankan saudara membaca Majalah Dewan Sastera yang fokusnya adalah sayembara.  Ramai menulis tentang sayembara yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Dewan Sastera keluaran Mac ini.  Saudara juga mungkin boleh berkunjung ke DBP berjumpa dengan beberapa orang pegawai DBP yang mungkin boleh membincangkan perkara ini dengan saudara, antaranya Puan Zalila Sharif, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Puan Izzah Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Sastera, Puan Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden.  Saudara juga boleh mendapatkan maklumat dari Pusat Dokumentas Melayu DBP.  Saudara juga boleh berkunjung ke GAPENA dan berbincang dengan beberapa orang tokoh sastera di sana.Lain-lain25.03.2008
bagaimanakah yang dimaksudkan dengan 'aplikasi jawi(pinjaman dan kata asing)'?tolonh terangkan secara terperinci..sekian, terima kasih...Agak mustahil untuk saya menerangkan di sini aplikasi Jawi tentang Kata Pinjaman dan Kata Asing di sini kerana penerangannya terlalu panjang berjela. Namun saudari boleh merujuk perkara tersebut dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua cetakan 2008, halaman 115 ke atas.Lain-lain01.09.2009
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh

Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud  kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu.

Tatabahasa15.11.2011
Seorang pengakap menjinjing air dari sungai yang berdekatan. Adakah penggunaan kata menjinjing tepat dalam ayat ini.

Perbuatan menjinjing air adalah mustahil. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 

Seorang pengakap menjinjing baldi yang berisi air dari sungai yang berdekatan.

Makna23.04.2009
saya ingin mengetahui maksud perkataan SEMENTA setelah di belek dalam kamus DBP saya tak berjumpa dengan perkataan tersebut sedangkan perkataan tersebut biasa digunakan untuk nama kampung spt di Pahang, Klang dan sebagainya, adalah mustahil perkataan yg sering digunakan tapi dikatakan tidak mempunyai apa2 maksud atau tidak diketahui kewujudannya. Setakat ini saya temui perkataan SEMENTA digunakan dengan meluas di Terengganu bagi merujuk kepada buah manggis. Diharap perkataan tersebut di masukkan kedalam Kamus DBPTerima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. Tuan boleh melayari http://ekamus.dbp.gov.my/ untuk lebih lanjut mengenai gerbang kata DBP.Tatabahasa02.12.2013
Saya mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf kepada Jabatan Bahasa dan Pustaka. Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan lebih berkesan jika DBP dijadikan Kementerian Bahasa dan Pustaka.Mungkin cadangan ini agak janggal tapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain06.09.2009
Kepada yang berkenaan, Tuan, Saya memiliki Ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Awam Di Jepun.Soalan saya, 1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan terjemahan untuk Ijazah dan Slip Pencapai Akademik saya? 2. Bolehkah sekiranya saya menterjemahkan sendiri dan mendapatkan cop pengiktirafan daripada jabatan tuan? 3. Sekiranya mustahil, bolehkah tuan lampirkan alamat dan cara untuk menghubungi jabatan yang berkenaan? Untuk pengetahuan tuan, saya sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan perkara diatas diperlukan oleh Jabatan tempat saya bekerja.Di harap tuan menitik beratkan perkara ini. Kerjasama Tuan Amatlah Dihargai. Sekian, Terima Kasih.

 Untuk makluman saudara, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, tetapi saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2067076 (pn Saodah) atau 012-2811814 (pn Suzana).

Lain-lain06.02.2008
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain15.08.2012
12

Kembali ke atas