Salam sejahtera, 1) Tugas angkatan tentera "ialah" menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh negara. 2) Panjang sari ini "adalah" kira-kira enam meter. Pertanyaan: Adakah penggunaan "ialah" dan "adalah" dalam ayat-ayat di atas betul? Kalau tidak, sila cadangkan ayat yang gramatis. Terima Kasih. | Salam sejahtera, Ayat gramatis bagi kedua-dua ayat tersebut: 1. Tugas angkatan tentera adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh. 2. Panjang sari ini kira-kira enam meter. | Tatabahasa | 19.04.2016 |
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya. | Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |
1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya (kata kerja) ....................... mesyuarat tersebut. 2. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan (disenaraihitamkan / disenarai hitamkan) supaya menjadi (kata nama) ..................... kepada pekilang yang lain. 3. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua bijitayar kereta yang dipandunya meletup. Manakah istilah salah dan istilah betul? 4. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. Kesalahan istilah - bergadai? : mengorbankan / menggadaikan 5. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. Manakah istilah salah dan istilah betul? 6. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. Manakah istilah salah dan istilah betul? | Adakah kami diminta mengisi tempat kosong pada ruangan yang disediakan? Kami tidak ada maklumat tentang konteks penggunaan dan maksud ayat. Pandangan kami ayat ini perlu dibetulkan kepada "Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut". Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan melengkapkan buku kerja atau menyediakan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini perlu ditangani oleh kumpulan penulis/penyemak yang dilantik. Jika ada sebarang perbincangan tentang isu bahasa bolehlah dikemukakan kepada pihak kami. | Tokoh | 26.11.2016 |
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih. | Saudara Stephen, Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. | Lain-lain | 02.09.2009 |
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat | 1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat. 2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. 3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak: 4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
| Tatabahasa | 22.07.2018 |
Sila perhatikan ayat di bawah: Pemberontakan yang dihasut oleh pihak musuh itu telah berjaya diberhentikan oleh pasukan keselamatan negara. Adakah penggunaan 'dihasut' betul dalam ayat ini? Jika tidak, sila betulkan ayat di atas. Terima Kasih. | Perkataan “dihasut” boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.04.2019 |
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat. Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. | Istilah | 14.07.2009 |
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah" | Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakuÂnya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimia | Ejaan | 20.01.2012 |
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2. Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin. Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. | Tatabahasa | 23.10.2010 |