Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya.Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa22.04.2013
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih.

Saudara Stephen,

Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan  dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. 

Lain-lain02.09.2009
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

Istilah14.07.2009
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah"Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,  ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud  sesuatu yang menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimiaEjaan20.01.2012
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib<i>;i> 2. boleh jadi, mungkin<i>; i>3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin<i>; dani> 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib<i>; i>2. tentu<i>; dan i>3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must.Tatabahasa28.02.2012
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan?

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun.   Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.

2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah.

5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa11.09.2011

Kembali ke atas