Assalamualaikum, Yang manakah istilah yang paling tepat: Masjid al-Aqsa atau Masjidilaqsa, Masjid al-Haram atau Masjidilharam, Masjid al-Nabawi atau Masjidilnabawi, Baitul al-haram atau Baitulharam, Baitul al-Maqdis atau Baitulmaqdis? Terima Kasih | Wkslm... Penamaan yang betul ialah Masjid al-Aqsa, Masjidilharam, Masjid Nabawi, Baitulharam dan Baitulmuqaddis | Lain-lain | 27.07.2018 |
Apakah boleh dikirimkan e-book (karyanet) Di Masjid Nabawi Kau Menanti untuk simpanan penulis dan cenderamata sebanyak 20 naskah. Minta dimaklumkan bayaran dan diberitahu no. akuan bank supaya dapat dibuat bayaran melalui on-line banking. Sehingga kini saya masih gagal untuk memperolehi naskah e-book tersebut kerana laman karyanet telah ditutup. Kalau ada buku tersebut dalam bentuk hardcopy, alangkah baiknya. Minta alamatkan kepada: Baharudin bin. A. Manan, MRSM Kota Putra, jalan Bukit Keluang, 22200 BESUT, Terengganu. | Bekalan untuk terbitan bercetak buku tersebut masih ada dalam simpanan kami. Tindakan segera akan dilakukan dan Sdr boleh berhubung dengan Ketua Editor Bahagian Multimedia (Amran@dbp.gov.my, atau telefon 0122440569) | Lain-lain | 23.02.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih | Singkatan untuk alaihissalam ialah a.s. Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah r.a. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah. Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi | Ejaan | 12.06.2015 |