Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.dir] | نادير

Definisi : Ar jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara atmosfera, spt neon dll; kenadiran perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg ber­kenaan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.dir] | نادير

Definisi : titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yg terletak langsung di bawah kaki pemerhati, lwn zenith. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.dir] | نادير

Definisi : sj perahu (di Melaka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.dir] | نادير

Definisi : jarang ada atau jarang terdapat. gas ~ gas (spt neon, xenon) yg jarang terdapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nadir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya agak keliru dengan istilah "nadir bumi" daripada perkataan Bahasa Inggeris "rare earth". Mengapa nadir bumi sedangkan kalau "rare gas" istilahnya dalam Bahasa Melayu adalah "gas nadir" dan bukannya "nadir gas"? ...

Istilah yang betul untuk 'rare earth' ialah nadir bumi. Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dibentuk berdasarkan konsep dalam bidang tersebut. Oleh itu, penterjemahan istilah tersebut tidak semestinya patuh kepada persamaan bentuk.  

Istilah06.09.2011
apakah yang dimaksudkan dengan "nadir bumi"Nadir Bumi ialah siri Lantanid iaitu siri lima belas unsur logam nadir yang bermula dengan lantanum dan berakhir dengan lutetium.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nadir+bumi...

Tatabahasa12.01.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan "HARIMAU NADIR" yang ditemukan dalam ensiklopedia apabila membuat carian kata "nadir"?Maksud "Harimau Nadir" ialah spesis harimau yang jarang ada/ditemui dan termasuk haiwan yang dilindungi.Istilah24.10.2017

Kembali ke atas