apakah yang dimaksudkan dengan ayat nafi dalam bahasa melayu? apakah ciri-ciri ayat nafi? bagaimanakah ayat nafi terbentuk? | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". “Baju itu bukan miliknya”. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" | Tatabahasa | 24.01.2007 |
Salam sejahtera. Menurut tatabahasa dewan, kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, manakala kata nafi "tidak" menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Dalam ayat "Dia bukan berasal dari Johor", 1) adakah perkataan "berasal" tergolong dalam kategori kata kerja? 2) adakah frasa "berasal dari Johor" tergolong dalam frasa sendi nama? Minta penjelasan. Terima kasih. | Awalan ber- menandakan kata kerja, berasal ialah kata kerja yang didahului dengan kata nafi tidak dalam ayat tersebut. Berasal dari Johor ialah frasa kerja. | Tatabahasa | 26.08.2011 |
Kata nafi 'bukan' sepatutnya hadir di hahapan frasa nama dan frasa sendi nama. Mengapa ayat berikut terkecuali? "Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning. Terima kasih. | Kata nafi 'bukan' menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak' ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi 'bukan' boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Jadi , ayat contoh yang saudara berikan: Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning, penggunaan kata nafi 'bukan' adalah betul kerana kata nafi 'bukan' boleh berada di hadapan frasa sendi adjektif apabila ada maksud pertentangan. | Makna | 16.04.2014 |
kekeliruan penggunakan kata nafi (bukan/tidak) 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. 2. Dia tidak cantik tapi pandai bergaya. Manakah yang tepat. T. kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Apakah perbezaan antara TIDAK dan BUKAN? | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
maklumat berkenaan analisis kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan | Ayat nafi ditandai dengan penggunaan kata nafi 'bukan' dan 'tidak'. Secara umumnya, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, contoh ayat : Dia tidak belajar, tetapi bermain. Atau ayat nafi dapat digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud, contoh ayat : Hidupnya tidak pernah senang. Ayat nafi juga sebagai penegas maksud dalam ayat tanya, contoh ayat : Bukankah beliau itu ayah kamu? Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 493. | Tatabahasa | 14.03.2008 |
Apakah perbezaan penggunaan kata nafi 'tidak' dan 'bukan'? | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. | Tatabahasa | 14.10.2017 |
ingin mencari contoh-contoh kata nafi | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262 dan 493. | Tatabahasa | 24.11.2010 |
Saya Komariyah Satapo, Sedang belajar Bahasa Melayu,di Pusat Bahasa antarabangsa UIY Thailand. Ingin betanya tentang Tatabahasa, Apakah maksud kata nafi,Terima kasih. | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Saya Nabila Samani, sedang belajar di pusat Bahasa Melayu kelas dasar, ingin bertannya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata nafi dengan kata perintah, terima kasih. | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 26.11.2013 |