| Biasanya, pembelian dalam talian oleh pemuda-pemudi berpunca daripada nafsu yang timbul semasa menatal iklan menarik pada skrin telefon. Perkataan nafsu bolehkah digunakan dalam ayat ini? | Menurut Kamus Dewan Perdana, nafsu bermaksud keinginan, kemahuan dan dorongan hati yang kuat. Namun begitu, perkataan nafsu membawa konotasi negatif dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut adalah kemahuan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1381 dan 1511. | Tatabahasa | 19.06.2026 |
| bagaimana ejaan nafsu ammarah? atau amarah? | Ejaan yang betul ialah amarah. | Ejaan | 05.06.2015 |
| minta pembetulan ayat ini 1. " SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA PENGARUHI NAFSU" | Jawapan yang betul ialah 1. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA DIPENGARUHI NAFSU" | Lain-lain | 30.09.2010 |
| 1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
| 1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan. 3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya. | Tatabahasa | 14.07.2012 |
| disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetik | Disleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum. | Makna | 28.09.2007 |
| Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
| Apakah maksud peribahasa 'ikut hati mati, ikut rasa binasa' | Makna peribahasa tersebut ialah orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa. Sila rujuk Kamus Peribahasa oleh Abdullah Hussain atau Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.04.2009 |
| Bolehkah saya tahu maksud bagi perkataan damit? berikutan adalah puisi petikan akhbar Berita Harian yang tercatat perkataan damit Wahai muda nasihat hal damit menerimanya terlalu sulit bagi amarah terasa pahit kalbi dikerah nafsu nan sakit Berita harian, 22 Mac 2019 | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, damit bermaksud (bukan saiz atau ukuran) kecil. | Makna | 23.07.2021 |
| saya perlukan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan bukan sahaja, tetapi juga, tq | Contoh yang ada dalam pangkalan data kami, antaranya: Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 19.06.2012 |