Nah, ambilah buku ini! Betul atau salah ayat ini | Ayat tersebut betul kerana ayat yang digunakan menggunakan kata seru iaitu bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan. Contoh yang dapat diberikan untuk rujukan ialah seperti: 1) Aduh, sakitnya kakiku! 2) Eh, bergaya nampaknya mereka semua! | Tatabahasa | 27.06.2006 |
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih. | Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll). Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2020 |
Kata seru "Nah" merupakan jawapan yang betul. Mengapakah jawapan "cis" tidak sesuai? | Kata cis digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau mencemuh. | Tatabahasa | 13.05.2016 |
Salam sejahtera, saya ingin tanya, adakah perkataan 'okey' dan 'nah' wujud dalam pangkalan data dbp? Adakah perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam ayat dialog BM? | "Nah" ialah kata seruan yang digunakan pada awal percakapan untuk menarik perhatian orang yang mendengarnya, manakala "okey" lebih gramatis dalam ayat digunakan perkataan "baiklah". | Tatabahasa | 01.03.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "well" dalam ayat ini: "Well, he's inherited my genes." Saya dapati tiada padanan untuk perkataan "well" dalam pangkalan data PRPM. Oleh itu, saya ingin meminta pandangan Tuan/ Puan, bolehkah saya terjemahkannya sebagai "Biasalah, dia mewarisi genetik saya." atau "Nah, dia mewarisi genetik saya." Ayat ini digunakan untuk terjemahan sari kata. Terima kasih. | Tidak perlu diterjemahkan satu demi satu perkataan jika ayat yang telah diterjemahkan mengandungi maksud yang hendak disampaikan dalam bahasa sumber. Penterjemah lebih menguasai ilmu penterjemahan dan pastikan terjemahan dalam bahasa sasar membawa maksud yang sama dalam bahasa sumber. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2018 |
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinik | Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 2) syampu - 2 suku kata [syam + pu] 3) syabas - 2 suku kata [sya + bas] 4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an] 5) syiling - 2 suku kata [syi + ling] 6) syarikat - 3 suku kata [sya + ri +kat] 7) syer - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 8) khabar - 2 suku kata [kha + bar] 9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah] 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah] 11) klinik - 2 suku kata [kli + nik] | Tatabahasa | 07.06.2017 |