Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ayat yang betul bagi:- "Izani memperoleh naib johan dalam acara lontar peluru sempena kejohanan sukan sekolah", "Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran kategori lelaki sekolah menengah". Dan apakah johan, naib johan dan tempat ketiga merupakan kata nama khas pada situasi berikut: Tempat ketiga Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Naib johan Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Johan acara pingpong kategori beregu (jika berada di tengah ayat) | 1. Ayat yang betul ialah “Izani mendapat naib johan dalam acara lontar peluru bersempena dengan kejohanan sukan sekolah.” 2. Ayat betul ialah “Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz al-Quran bagi kategori lelaki sekolah menengah.” 3. Perkataan naib johan dan tempat ketiga jika berada di tengah-tengah ayat perlu dieja dengan huruf kecil seperti dalam contoh ayat, “Ahmad mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.”, “Abu mendapat naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.” dan “Ali menjadi johan dalam acara pingpong bagi kategori beregu.”.
| Tatabahasa | 14.02.2023 |
Penggunaan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Juara, Naib Juara & Juara Ketiga yang mana sesuai dan betul untuk pertandingan melukis/menulis? Terima kasih | Penganjuran pertandingan bakat seperti melukis atau menulis tidak terikat pada peraturan penamaan kategori kedudukan pemenang, dan dalam konteks anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya penganjur menamakan kedudukan sebagai Tempat Pertama, Tempat Kedua dan seterusnya. Pun begitu, menurut pandangan Pentadbir, perkara ini tertakluk pada amalan sedia ada atau yang mungkin diperincikan dalam buku panduan tertentu pihak penganjur. Atas pertimbangan kesesuaian konteks umum, disyorkan menggunakan sama ada Johan/Naib Johan/Tempat Ketiga (pada skala kebangsaan atau antarabangsa) atau Juara/Naib Juara/ Tempat Ketiga (pada skala sederhana/kecil). | Tatabahasa | 08.05.2025 |
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah? | platform pemenang , rostrum pemenang. | Lain-lain | 13.05.2011 |