Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ?Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul.Makna19.11.2008
Ungkapan menaiktaraf sering digunakan dalam artikel maupun kertas cadangan tetapi tidak ditemui dalam kamus. Saya mohon kepastian dalam perkara ini kerana saya temui perkataan menaiktarafkan tetapi tidak menaiktaraf. Saya juga mohon kepastian tentang ejaan menaiktaraf atau menaik taraf. Terima kasih.Perkataan naik taraf apabila menerima imbuhan meN menjadi menaiktarafkan. Perkataan ini tidak terdapat di dalam kamus kerana perkataan ini merupakan istilah.Ejaan04.03.2008
salam, 1-Adakah ejaan setor salah? Adakah salah dari segi tatabahasa atau bahasa ? 2-Adakah penggunaan naiktaraf betul? 3-Adakah betul Ketua Bahagian Pembendaharaan?Jika salah apakah bentuk kesalahan tersebut? 4-Ayat 'lintasan jalan kaki' ,adakah betul ayat ini? Terima Kasih1. Ejaan yang betul ialah stor; Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 2. Penggunaan "naik taraf" betul. 3. Ketua Bahagian Perbendaharaan. 4. Istilah yang betul ialah "lintasan pejalan kaki".Tatabahasa19.03.2013

Kembali ke atas