Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Pulau Pisang pasang api,
     Tempat kapal belayar malam;
Kalau belum nak mati,
     Badan tercampak ke lubuk dalam.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo;
     dimakan mati bapa,
tidak dimakan mati ibu.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128&#LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.)Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.Lain-lain23.04.2020
macam mana nak membesakan penggunaan sebanyak dan seramai. Contoh sebanyak 14 orang telah mati didalam keemalangan semalam. kenapa tidak gunakan seramai. ramai yang heboh kata banyak pada binatang dan ramai pada manusia. harap dapat penjelesan.Ramai dan banyak boleh digunakan untuk manusia. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa11.09.2013
Nak tanya singkatan yang digunakan dbp dalam kamus. Kalau 'bp' maksudnya bahasa percakapan. Apa maksud singkatan 'bh'? Adakah perkataan dalam kategori 'bh' boleh digunakan untuk urusan rasmi?Singkatan perkataan bagi bh ialah bahasa halus. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (contoh: meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya). Maka bahasa halus boleh digunakan dalam ayat bagi urusan rasmi.

Tatabahasa02.11.2020

Kembali ke atas