Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nasibah My RAB 12.06 PTG Salam. Nak tanya Kalau nak semak ejaan jawi, boleh rujuk kat mana ya? Sebelum ni, saya selalu rujuk kat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online Dulu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP" sekarang dah berubah ke?Waalaikumussalam. Untuk menyemak ejaan Jawi, puan masih boleh merujuk di prpm.dbp.gov.my, iaitu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ejaan Jawi setiap perkataan akan terpapar bersama-sama perkataan yang dicari.Ejaan24.05.2017
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih.

Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-...  lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu.

Tatabahasa11.02.2011
Assalamualaikum, saya nak tanya... 1. penggunaan penjodoh bilangan setiap boleh tak digabungkan dengan kata ganda. contohnya, setiap pepohon.

Setiap’ ialah kata bilangan bukannya penjodoh bilangan. Gabungan ‘setiap pepohon’salah kerana kata bilangan tidak boleh digabungkan dengan kata ganda (pepohon).

Tatabahasa26.11.2014
keterangan tentang peribahasa hendak seribu daya,tak nak seribu dalihMaksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" bermaksud setiap ada kemahuan, tentu ada jalan.Lain-lain04.10.2009
Hafiz Lija Nov 16th, 11:54am Salam Bagaimana nak beli majah DSISWA setiap bulan secara terus dgn DBP. Lebih kurang 150 sebulan. Ada potongan harga?Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain16.11.2015
Dear Tuan/Puan, Salam Sejahtera dan selamat petang, nak tanya biasa kami boleh pilih permohonan untul apply license online, tetapi sekarang bila login, tempat permohonan tinggal senarai permohonan,(refer photo) nak tanya server ada masalah tak? atau ada tukar website lain? terima kasih banyak.Mulai 1 Jun 2017, setiap pengesahan iklan baharu akan dikenakan bayaran. Permohonan iklan baharu perlu menggunakan sistem baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ dan permohonan kemas kini atau pembetulan masih menggunakan sistem lama hingga 14 Jun 2017. Lain-lain06.06.2017
saya suak menggunakan laman web ini kerana saya lemah dalam bahasa inggeris dan web ini banyak membantu saya, terima kasih, akhir2 ini setiap kali saya nak guna laman ini akan terbit ID dan password sedangkan sebelum ini tak pernaj berlaku pun. diharap dapat dibantu dengan segera kerana saya tidak yakin hendak menggunakan laman web lain untuk membina bahasa inggeris saya dan memantapkan lagi bahasa Malaysia saya. terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan ini tanpa memasukkan id dan kata laluan. Sekiranya masih lagi menghadapi masalah yang sama sila hubungi pihak kami dengan segera.Lain-lain20.11.2007
Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih

Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika  didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan:

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan”

 

atau

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”.

Tatabahasa27.02.2024
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak.Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Sastera15.04.2020
macam mana nak mulakan karangan yang berbentuk fakta?Setiap karangan format asasnya sama, iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Sila rujuk guru atau buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.Lain-lain12.11.2009
1234

Kembali ke atas