Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seperti pada halaman 346,pada kata nama 'detik' yg berimbuhan 'terdetikkan', penggunaan ejaan seperti nama-nama syurga dimulakan dengan huruf kapital. Adakah penggunaan khusus bagi nama-nama syurga dan neraka itu menggunakan kapital pada pangkalnya?Nama-nama syurga dan neraka tergolong dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.Tatabahasa02.06.2008
Apakah beza dan peranan bagi kamus-kamus ini: 1) Kamus Dewan (edisi ke-4) 2) Kamus Dwibahasa (edisi tahun 2001 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) c) Kamus (dwibahasa) Inggeris-Melayu Dewan (edisi 2002 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) Adakah dari segi nama? atau pengguna? dsb? Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kamus ekabahasa(satu bahasa), kata masukan dan huraian dalam bahasa Melayu. Kamus Dwibahasa dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah kamus dwibahasa(dua bahasa), kata masukan dalam bahasa Inggeris dan huraian dalam bahasa Melayu.   Lain-lain13.02.2008
Saya hendak tahu apa makna perkataan kritikan dari kamus dewan. Dan boleh saya tahu nama penerbit kamus dewan edisi terbaru?

Kritikan dalam Kamus Dewan bermaksud 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman;

Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna13.05.2008
Salam sejahtera: 1) Kenapakah Kamus Dewan (edisi 4) tidak mempunyai petunjuk untuk golongan kata setiap entri di dalam kamus? Contohnya kata nama, kata adjektif, frasa kata kerja, dsb? Pengguna Kamus Dewan kini cuma mendapat maklumat untuk unsur-unsur yang berada dalam mukasurat 1i (Kependekan) sahaja. Kamus Besar Indonesia edisi 2008 ada memuatkan maklumat ini sebagai 'label kelas kata'. Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui contohnya 'abadi' itu kata adjektif, 'adat' itu kata nama dan sebagainya.

Untuk maklumat saudara, dalam kamus terbitan yang sedang diusahakan akan dimuatkan golongan kata dan juga maklumat lain yang dinyatakan.

Lain-lain16.07.2009
1. Adakah perkataan 'parkir' dan 'jengkaut'(tiada dalam Kamus Dewan) diterima oleh DBP dalam penulisan formal? 2. Penggunaan kata ganti nama diri 'ia' tidak dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang. Oleh itu, saya berpegang bahawa 'ia'jelas bukan merujuk binatang. Betulkah saya?

1. Parkir ialah perkataan Indonesia, dalam bahasa Melayu ialah 'tempat letak kereta' atau 'medan kereta'. Istilah yang tepat bagi jengkaut ialah pengorek kaut.

2. 'Ia' ialah kata ganti diri ketiga atau benda yang dibicarakan (bukan binatang).

 

Istilah26.02.2011
Adakah 'tarian kipas' kata nama khas?Dalam Kamus Dewan 'kipas' huruf kecil. Saya pernah kemukakan pertanyaan ini kepada pihak DBP berkenaan 'tarian ngajat'.Jawapan yang diberikan ialah huruf pertama perlu huruf besar kerana merupakan kata nama khas,iaitu 'Tarian Ngajat'.Salam sejahtera,

Tuan,

Dalam Kamus Dewan, tarian kipas dieja dengan huruf kecil, penanda bagi kata nama am.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 atau boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.07.2017
Adakah nama Muhammad telah wujud dalam Kamus Dewan dan tidak perlu ditransliterasikan lagi?Ejaan Muhammad telah wujud dalam Kamus Dewan dan tidak perlu ditransliterasikan.Ejaan10.02.2011
Manakah satukah yang benar penjawatan atau pejawatan (kata nama)?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah perjawatan dan penjawat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan14.11.2008
Saya ingin bertanya. Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan samfu ialah pakaian wanita Cina. Apakah pula nama bagi pakaian lelaki cina? Ini kerana dalam carian saya di laman sesawang samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki cina tetapi tidak dinyatakan dalam kamus dewan. Terima kasih.Untuk makluman, pihak kami juga menemui data yang sama dalam carian di Internet. Akan tetapi, kami tidak dapat membuat pengesahan bahawa samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki Cina. Hal ini disebabkan kami hanya menggunakan apa yang terpapar dalam Kamus Dewan.Istilah06.02.2017
1.makna 'bahasa' 2.Makna 'komunikasi' 3.makna 'papan 'tanda' 4.makna 'papan kenyataan' (mengikut kamus dewan dan tokoh-tokoh) terima kasih....Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa bermakna sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Komunikasi pula bermakna perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll). Papan tanda pula ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan pula ialah papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas