Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?. | Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih. | Lain-lain | 02.11.2007 |
Nampaknya kemahiran menunggang kamu semakin baik dari/daripada hari ke hari. | Nampaknya kemahiran menunggang kamu semakin baik dari hari ke hari. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Saya sering menggunakan khidmat istilah Melayu - Inggeris. Nampaknya setelah dibuat pembaharuan saya sudah tidak tahu lagi bagaimana nak menggunakan kemudahan berkenaan. Tolong. | Untuk makluman tuan, DBP telah melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian yang sedia ada. Tuan masih boleh melayari laman sesawang DBP seperti biasa untuk membuat rujukan, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudari hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 28.05.2009 |
Merujuk soalan 48 yang telah saya kemukakan. Nampaknya ` cuba` ialah kata kerja dan bukannya kata bantu. Soalan 48 ini sebenarnya ada kaitan dengan kemusykilan saya tentang soalan yang telah saya kemukakan sebelum ini iaitu `mereka mencuba melupakan perkara itu` Tuan telah memberikan banyak penjelasan . Antaranya ayat tersebut dipasifkan menjadi` perkara itu cuba dilupakan oleh mereka`. Sebenarnya, saya ingin tahu sebab `mencuba` hanya menjadi`cuba` dalam ayat pasif itu. Kemudian encik menjelaskan bahawa `cuba ` ialah kata bantu,kemudian, tuan membetulkannya dengan mengatakan `cuba ` ialah kata kerja. Boleh tak encik menjawab soalan 44 yang telah saya tanya sekali lagi kerana soalan ini berkaitan dengan huraian di atas? | Dalam ayat mereka mencuba melupakan perkara itu apabila dipasifkan menjadi perkara itu cuba dilupakan oleh mereka. Ayat ini merupakan ayat pasif diri ketiga. Contoh lain: Saya membaca buku itu, apabila dipasifkan menjadi buku itu saya baca. Kata cuba boleh juga digolongkan sebagai kata kerja dan kata bantu bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 13.05.2009 |
Salam Tuan, Adakah sosioekonomi dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan? Nampaknya istilah baru menggunakan sengkang antara sosio dan ekonomi. Yang mana betul? T. kasih | Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. | Ejaan | 17.11.2011 |
tuan, harap dapat penjelasan tentang penggunaan penjodoh bilangan melibatkan kata bilangan tentu? Nampaknya penjodoh bilangan digugurkan. Contoh tiga pelajar...., tiga kereta dll. Adakah sebarang panduan penggunaan? Terima kasih | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penjodoh bilangan penting bagi pasangan kepada nama sesuatu benda untuk menunjukkan bilangannya, contohnya tiga orang pelajar dan tiga buah kereta. | Lain-lain | 23.11.2011 |
contoh ayat transformasi " ke pasar," Entah ke mana perginya Zilalah "macam mana dia nampaknya?" adakah ini ayat transformasi? | Ayat Transformasi yang telah mengalami perubahan aturannya sama ada melalui pengguguran, penyusunan semula atau peluasan unsur-unsur struktur dalaman ayat tersebut. Ayat ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, Bab 19: Proses Penerbitan Ayat. Sila rujuk halaman 531, buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Yang manakah betul? `Perkara ini harus diberi perhatian.` ATAU `Perkara ini harus diberikan perhatian`? Kedua-dua ayat ini nampaknya ialah ayat pasif. Bagaimanakah ragam ayat aktifnya? Terima kasih . | Ayat aktifnya ialah seseorang harus memberi perkara ini perhatian. | Tatabahasa | 10.04.2009 |
Adakah betul penggunaan kata adjektif longgar dalam ayat berikut: Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin longgar nampaknya. | Perkataan yang lebih tepat ialah renggang. Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin renggang. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Penggunaan istilah 'blogger' . Adakah istilah 'blogger' ni dah dimasukkan ke dalam bahasa Melayu atau masih lagi 'pemblog' atau 'jurublog'. Nampaknya sekarang BERNAMA pun selamba je guna istilah tu. Sebagai agensi berita nasional, wajarkah mereka menggunakan istilah ini? | Istilah yang betul untuk 'blogger' ialah pemblog. | Istilah | 08.05.2011 |