Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bolehkah menggunakan "namun begitu" atau " namun " sahaja?Kata namun dan namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan dan maknanya sama sahaja, oleh itu memadai dengan penggunaan namun.Tatabahasa12.03.2012
apakah perbezaan antara namun begitu dengan namun? bolehkah kedua-duanya di letakkan di hadapan ayat? bolehkah kata malah digunakan di hadapan ayat sebagai penanda wacana? kalau kata malah diletakkan pada tengah-tengah ayat, perluke letak koma sebelum kata malah? cth: Saya tidak pernah menghinanya, malah saya memujinya.

Kata namun dan namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan dan maknanya sama sahaja, oleh itu memadai dengan penggunaan namun. Tanda koma perlu diletak sebelum kata malah (apabila berada di pertengahan ayat).

Tatabahasa09.08.2010
bolehkah ayat dalam karangan dimulai dengan ' antara'. cth: Antara kesan - kesan pencemaran....Bolehkan ayat dimulai dengan 'namun'. Cth: Namun, banyak pihak yang tidak mengendahkan...Ayat boleh dimulai dengan perkataan antara, contohnya 'Antara tempat yang boleh dilawati di Sabah termasuklah ...'; dan kata namun boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa20.01.2011
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka.Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas.Lain-lain24.01.2017
saya ingin tanya ayat berikut betul tak penggunaan kata memeberikan dan menawrkan Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Namun, jikasedeorang pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menawarkan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Walau bagaimanapun, jika pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menyediakan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Tatabahasa26.10.2015
kata hubung berpasangan walaupun.... namun boleh ke digunakan? atau hanya walaupun sahaja boleh digunakan dalam sesuautu ayat dan bukannya berpasangan dengan namun?

Penanda wacana "walaupun" dan "namun" boleh digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.

Tatabahasa11.08.2010
Apakah perbezaan penggunaan namun dan tetapi dalam ayat melayu baku?

Kata "namun" membawa banyak maksud, antara maksudnya ialah tetapi. Oleh itu, penggunaan namun  boleh bertukar ganti dengan perkataan "biarpun", "meskipun", "tetapi" ,"sungguhpun", "walaupun" mengikut konteks dan kesesuaian ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk sila rujuk Kamus Dewan.

Tatabahasa30.10.2018
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai?Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura.Tatabahasa26.03.2011
Salam, saya ingin bertanyakan satu soalan. Namun, terlebih dahulu, perkara ini sebenarnya bersangkut paut dengan Majlis Peperiksaan Malaysia. Namun, sebagai peneraju dalam bidang bahasa, mungkin pihak DBP@PRPM dapat jelaskan perkara ini. Saya merujuk kertas peperiksaan SJK UPSR 2013. Bagi soalan objektif, dinyatakan dari soalan 1-17, sedangkan soalan 18 ditanyakan penjodoh bilangan. Saya tidak mahu mengusik soalan 19-20 kerana bertanyakan sinonim & antonim. Maka, ketiadaan soalan 19-20 dalam arahan boleh diterima pakai. Namun, mengapa tidak ditulis sebagai 'soalan 1-18'? Mengapa pula hanya ditulis 'soalan 1-17'?Harap soalan saya jelas. Terima kasih.

Kami ambil maklum tentang perkara tersebut. Mungkin terdapat kesilapan daripada penyedia kertas soalan. Saya mencadangkan puan merujuk terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Lain-lain27.05.2013
slm. Boleh semakm ayat di bawah betul atau salah. tq 1)Dia menunggu dan menunggu, namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. (perlu ada , ke sebelum namun?)Salam sejahtera,

Ayat yang betul tiada koma seperti di bawah:

Dia menunggu dan menunggu namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.12.2018
12345678910...

Kembali ke atas