Salam hormat, tuan. Saya ada sedikit kemusykilan tentang penggunaan kata "nan" yang membawa maksud 'yang'. Adakah boleh kata "nan" digunakan pada sebarang keadaan? Sebelum ini saya ada terdengar tentang kata "nan" hanya digunakan sekiranya kata sebelumnya berakhir dengan huruf 'n'. Misalnya; frasa "lautan nan luas". Jadi, frasa "karya nan indah" dianggap tidak gramatis kerana kata 'karya' tidak diakhiri dengan huruf 'n'. Saya musykil tentang ini. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. | Tidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
Nan MustaQim Aug 12th, 8:35am Salam. Mungkin tiada yg perasan. Perkataan 'usia' pada awal perkataan menggunakan huruf kecil, cuma saiznya yg besar. Harap DBP lebih cakna dalam pemilihan font. Didapati dlm buku teks BM Tahun 5 m/s 142. Terima kasih | Untuk makluman tuan kami menggunakan fon jenis Azim bagi penerbitan buku teks KBSR. Oleh sebab itu, kelihatan huruf "U" pada permulaan ayat seperti huruf kecil. | Lain-lain | 12.08.2014 |
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasih | Per.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul) | Lain-lain | 02.02.2018 |
mohon terangkan pengggunaan perkataan 'nan' dalam ayat, fungsi dan bagaimana.terima kasih | Tidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh. | Tatabahasa | 14.11.2016 |
istilah pesona nan grata | Pesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut. | Makna | 03.11.2008 |
Apakah ejaan baku bagi nama makanan di kedai mamak iaitu roti 'naan' atau roti 'nan'? | Ejaan yang betul ialah roti nan | Ejaan | 31.10.2018 |
1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu? | 1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main]. 2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap. 3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
| Lain-lain | 02.02.2018 |
Bagaimanakah cara untuk batangkan suku kata bagi perkataan "makanan" dan ? Adakah "ma + kan + an" atau " ma + ka + nan" ? | Membatangkan suku kata makanan ialah ma.kan.an. manakala membatangkan mengikut sebutan ialah ma.ka.nan. | Ejaan | 24.10.2013 |
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i) | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].
| Tatabahasa | 04.05.2013 |
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kata | ba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-an | Tatabahasa | 07.08.2007 |