Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.nas] | نانس

Definisi : sj tumbuhan (buahnya boleh dimakan), Ananas sativus; ~ belanda = ~ kista = ~ seberang = ~ tali sj nanas yg serat daunnya boleh dibuat tali dll, Agave cantala; ~ hijau sj nanas yg boleh dibuat ubat, Ananas comosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.nas] | نانس

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (daunnya berbentuk spt pe­dang dan buahnya boleh dimakan), Ananas sativus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanas

Puisi
 

Nanas serumpun tidak berduri,
     Rasanya manis seperti gula;
Panas setahun hujan sehari,
     Telaga yang kering penuh semula.


Lihat selanjutnya...(34)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan: kami diberikan penerangan tentang (cara-cara nanas diproses/pemprosesan nanas)?

Saudara Asmazaira,

Ayat yang betul ialah ' Kami diberi penerangan tentang cara-cara nanas diproses atau tentang pemprosesan nanas'. 

Tatabahasa26.05.2010
Apakah beza nanas dan nenas? Ejaan yang sebetulnya adakah nanas atau nenas. Jika kedua-duanya betul, apakah situasi yang sesuai untuk pengunaannya?Istilah yang betul ialah nanas.Istilah10.04.2010
pineapple dalam bahasa malaysia adakah nanas atau nenas?Yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan01.06.2009
lidas... Apakah maksud perkataan di atas dan bilakah perkataan ini sesuai digunakan?Sila sertakan contoh ayat....Maknanya ialah rasa pedih atau gatal pd lidah (ketika makan buah yg masam spt nanas dsb).Tatabahasa17.07.2010
hari sukan ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil.Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa29.06.2013
Salam sejahtera. Hari sukan dan hari guru perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih.Frasa nama seperti hari  sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas. Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru,  ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa15.01.2013
Perlukah "hari sukan" dan "hari sukan tahunan" dikehendaki tulis dalam huruf besar dalam setiap perkataan yang pertama?Frasa nama seperti hari sukan, hari guru berfungsi sebagai kata nama khas sekiranya ketiga-tiga kata inti tersebut berganding dengan penerang nama khas. Contohnya Hari Sukan Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas.  Sekiranya hanya hari sukan dan hari guru, ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa05.11.2013

Kembali ke atas