| Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah berikut? 1)Narrow Bodied Jet Aircraft 2)Regional Jet Aircraft Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. Narrow Bodied Jet Aircraft - Pesawat Jet Berbadan Sempit 2. Regional Jet Aircraft - Pesawat Jet Jarak Dekat | Istilah | 16.01.2016 |
| Saya cuba daftar tetapi rekod tidak dapat disimpan. Jadi saya harap dapat menerima bantuan dengan cara ini. Saya perlukan terjemahan istilah genetik narrow-sense heritabilities dalam Bahasa Melayu. TK | Ejaan yang betul ialah narrow-sense heritability. Maknanya ialah keterwarisan erti sempit. | Istilah | 18.12.2008 |
| Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih. | Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.03.2015 |