Assalamualaikum. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 'Saya makan nasi', 'Nasi saya makan', 'Makan nasi saya' dan 'Makan saya nasi'. Adakah semua ayat ini gramatis dan betul? Mengapa? | Menurut data kami, ayat tersebut betul. i. Saya makan nasi (ayat biasa) ii. Nasi saya makan (ayat pasif) iii. Makan nasi saya (ayat songsang) | Tatabahasa | 16.11.2018 |
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas? | Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
assalamualaikum tuan. saya ingin bertanya mengenai ejaan NASI KEBULI. saya dapati, ejaan NASI KEBULI dalam kamus dewan edisi keempat adalah NASI KABULI. tapi bila saya google NASI KABULI, yang saya temui adalah NASI KEBULI. beberapa orang lama yang saya tanya, mereka juga menjawab NASI KEBULI. Bagaimana ya tuan. apakah ejaan yang tepat, NASI KABULI atau NASI KEBULI? sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah nasi kabuli. | Ejaan | 19.08.2013 |
Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini? | Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
yang manakah betul, nasi pilau atau nasi pilaf | Nasi pilau atau nasi pilaf merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Pakistan. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai nama masakan kerana ia berbeza dari segi variasi ejaan sahaja. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan istilah 'nasi pilau' untuk masakan jenis ini. Terima kasih. | Makna | 04.10.2017 |
Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak Lemak | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 24.02.2019 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. | 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
menyenduk nasi ke dalam pinggan atau menyenduk nasi ke atas pinggan | Menyenduk nasi ke dalam pinggan. | Tatabahasa | 10.04.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah nama makanan/hidangan seperti nasi ayam perlu ditulis dengan huruf besar di awal setiap perkataan. Cth: Nasi Ayam, Ikan Tiga Rasa, Sawi bersama Udang dan Sotong? Atau hanya bila nama hidangan itu Nasi Ayam Nyonya? | Perkataan nasi ayam., sawi bersama sawi dan lain-lain ditulis dengn huruf kecil dalam ayat. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi Nasi Goreng Seafood jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Adakah Nasi Goreng Makanan Laut? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. | Istilah yang sesuai ialah Nasi Goreng Makanan Laut. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |