| Adakah nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, nasi goreng USA adalah kata nama khas? Bagaimanakah cara ejaan yang betul? | "Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng USA" ialah kata nama khas. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 14.06.2022 |
| Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini? | Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
| apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut? | Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng. | Tatabahasa | 07.05.2012 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi Nasi Goreng Seafood jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Adakah Nasi Goreng Makanan Laut? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. | Istilah yang sesuai ialah Nasi Goreng Makanan Laut. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
| Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah ini mengikut tatabahasa terkini? 1. Laksa Penang atau laksa penang atau laksa Penang? 2. Nasi Goreng Kampung atau nasi goreng kampung atau nasi goreng Kampung? 3. Teh Ais atau teh ais? 4. Mi Hailam atau mi hailam? 5. Nasi Arab atau nasi arab atau nasi Arab? Bolehkah tuan jelaskan garis panduan terkini untuk menulis nama makanan yang melibatkan nama tempat atau kaum? Terima kasih. | Untuk nama menu yang melibatkan nama tempat atau kaum, penggunaan huruf besar tidak diperlukan kecuali dijadikan tajuk buku atau artikel. Oleh itu, nama makanan atau menu hendaklah ditulis dengan huruf kecil: 1. laksa penang 2. nasi goreng kampung 3. teh ais 4. mi hailam 5. nasi arab | Lain-lain | 17.09.2025 |
| Adakah ayat ini betul. Abu membelikan sebungkus nasi goreng untuk adiknya. | Ayat yang gramatis ialah "Abu membelikan adiknya sebungkus nasi goreng." | Tatabahasa | 01.04.2015 |
| adakah nama sajian seperti nasi goreng paprik, mi wantan dan sebagainya kata nama khas dan perlu dihurufbesarkan? Sekhas mana sesuatu untuk layak digolongkan kepada kata nama khas? | Nasi Goreng Paprik da Mi Wantan ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 21.07.2012 |
| Salam sejahtera tuan, Adakah ayat di bawah betul? i. Nasi goreng yang sudah siap masak itu sungguh enak rasanya. Terima kasih. | Ayat yang betul, "Nasi goreng yang sudah siap dimasak itu sungguh enak rasanya". | Tatabahasa | 05.08.2014 |
| Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
| Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza? | Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak. | Tatabahasa | 11.07.2014 |