Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih. | Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat. (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. | Tatabahasa | 03.07.2010 |
Salam sejahtera; Tuan: Apakah perbezaan antara "membekalkan" dengan "membekali"? Harap pihak tuan memberikan ayat contoh untuk membezakan kpenggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam konteks ayat. Terima kasih. | Membekalkan bermaksud memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal: Sebelum Abu berangkat, emak membekalkan nasi lemak kepadanya; dan mebekali bermaksud memberi bekal kepada: Emak membekali Abu sebungkus nasi lemak. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Adakah ayat-ayat tersebut betul? a) Doktor gigi menasihati Natasya supaya menggosok gigi setiap kali selepas makan b) Puan Hasnah membekali suaminya nasi lemak untuk dimakan pada waktu rehat. C) Peserta-peserta yang akan menjalani kursus itu perlu sentiasa berpakaian kemas. d) Kami menghiasi gambar-gambar pemandangan pada dinding kelas. | Ayat a, b dan c adalah betul. Ayat "d" adalah salah. Ayat yang betul ialah Kami menghiasi dinding kelas dengan gambar-gambar pemandangan. | Tatabahasa | 04.10.2013 |