adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. | 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
1. Ayat soalan yang manakah betul? Apa ini? ATAU Ini apa? 2. Adakah ayat berikut betul? Saya dan kawan saya belajar memasak nasi? | 1. Apa ini? ATAU Ini apa? Kedua-duanya boleh digunakan. 2. Saya dan kawan saya belajar memasak nasi? Betul. Boleh digunakan. Belajar apa? Belajar memasak Memasak apa? Memasak nasi = BELAJAR MEMASAK NASI | Makna | 19.06.2017 |
Ayat yang manakah betul? 1. Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami. 2. Cikgu Abu mengagihkan tugas kepada kami seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain. | Ayat yang gramatis ialah Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami.
| Tatabahasa | 29.05.2012 |
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf? | Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
salam.. 1. Apakah perbezaan kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku? yang mana satukah yang betul? 2. Ali makan nasi yang dipesan olehnya @ Ali makan nasi yang dipesannya. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di atas meja @ Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja. Ayat manakah yang betul? sekian terima kasih | 1. Tiada perbezaan antara kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 2. Ali makan nasi yang dipesannya. 3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja. | Tatabahasa | 06.07.2014 |
Selamat pagi, saya ada soalan tatabahasa untuk bertanya, harap dapat selesaikan. Manakah yang betul ? 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? 3 mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? 6 di belakang amat boleh bubuh sekali tak ? cth. amat cantik sekali Terima kasih. | 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? tiada penjodoh bilangan khusus untuk mangkuk. sebiji dan sebuah adalah penjodoh bilangan yang paling hampir. 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? Dua-dua betul. 3. mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? - terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu. 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? - kakak mengirimkan sepucuk surat kepada datuk. 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang "sekali" dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh : amat cantik sekali, sungguh pandai sekali,sangat cantik sekali. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
Tuan, yang manakah betul? Saya bermain bola di pantai ATAU saya bermain bola di tepi pantai. Saya makan nasi di atas meja ATAU saya makan nasi di meja ATAU ada jawapan lain yang lebih sesuai? | 1. Kedua-dua ayat 'Saya bermain bola di pantai.' dan 'Saya bermain bola di tepi pantai.' adalah betul. 2. Ayat yang betul ialah 'Saya makan nasi di meja.' | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih. | 1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita. 2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
1. Pada setiap waktu petang, Pak Ali akan memberikan __________ nasi kepada ayam ternakannya. A. sekepal B. segenggam Apakah perbezaan antara A. dan B.? Terima kasih. | Maksud sekepal - sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. Maksud Segenggam pula ialah banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Perbezaannya dapat dilihat dari segi jumlah banyaknya sesuatu yang dapat dipegang. | Makna | 02.07.2019 |
Saya nak tanya tentang "untuk" dan "kepada". 1) Emak menyediakan makanan kepada kami. 2) Emak menyediakan makanan untuk kami. 3) Saya membeli nasi untuk Ali. 4) Saya membeli nasi kepada Ali. Ayat mana yang betul? | Dalam ayat tersebut penggunaan untuk adalah lebih tepat penggunaanya; Kata sendi nama 'untuk' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan salah satu daripada fungsinya ialah menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. (lihat Tatabahasa Dewan, muka surat 263) | Tatabahasa | 28.02.2007 |