Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sio.nal] | ناسيونل

Definisi : berkaitan dgn bangsa, kebangsaan: kita harus mengikuti gerakan atau cita-cita ~ kita itu sebaik-baiknya; pesta itu juga dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian ~ oleh bermacam-macam bangsa; kenasionalan perihal sesuatu bangsa, ke­bangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sio.nal] | ناسيونل

Definisi : berkaitan dgn bangsa sendiri; kebangsaan: identiti ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, saya nak bertanya tentang jenis akronim bagi Gapena. Gapena bermaksud gabungan penulis nasional atau gapena bermaksud gabungan persatuan penulis nasional? Jika Gapena bermaksud gabungan penulis nasional maka berada dlm kategori gabungan suku kata awal perkataan tetapi jika Gapena bermaksud gabungan persatuan penulis nasional, akronim ini berada dalam kategori yg mana? Terima kasih.GAPENA merupakan akronim bagi “Gabungan Persatuan Penulis Nasional”. Kata akronim GAPENA dibentuk melalui cantuman suku kata awal perkataan. Kami berpandangan berlaku pengguguran suku kata pada perkataan ketiga, iaitu “penulis” kerana persamaan bentuk dengan perkataan kedua, iaitu “persatuan” agar akronim lebih ringkas dan mudah disebut.Tatabahasa24.11.2020
Assalamualaikum dan Salam perpaduan, Puan, PENGGUNAAN PERKATAAN "NASIONAL DAN "NEGARA" BAGI TUJUAN URUSAN RASMI KERAJAAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah sebuah agensi peneraju yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Selaras dengan itu, pelbagai program/aktiviti dianjurkan termasuklah penghasilkan penerbitan yang bertujuan mempromosikan keharmonian. 3. Jabatan pada masa kini menggunakan perkataan Negara dan Nasional bagi program/aktiviti dan penerbitan Jabatan. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon pihak puan sebagai pakar rujuk untuk memberi pencerahan mengenai maksud perkataan "Negara" dan "Nasional", perbezaan serta kesesuaian penggunaan kedua-dua perkataan tersebut bagi maksud yang dinyatakan di atas. Ini bertujuan untuk memastikan agar jabatan dapat menggunakan perkataan tersebut mengikut kesesuaian maksud perkara yang hendak disampaikan. 4. Kami amat agar pihak puan dapat memberikan maklumbalas dengan kadar segera dan segala perhatian dan kerjasama pihak puan didahului dengan setinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, Sharifah Rahimah Binti Syed Othman Bahagian Korporat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Untuk makluman puan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “nasional” bermaksud berkaitan dengan bangsa atau kebangsaan, manakala perkataan “negara” mempunyai beberapa maksud, iaitu i. sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, ii. kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri dan iii. yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan). Dari segi peristilahan pula, nasional ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris national  dan negara ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris nation, state  dan country. Oleh itu, kedua-dua perkataan, iaitu nasional dan negara boleh digunakan bergantung pada maksud dan konteks ayat. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat membantu pihak puan menggunakan perkataan yang betul dalam program, aktiviti dan penerbitan di jabatan puan.

Makna22.11.2016
Perkataan "powered by" selalu digunakan dalam pengiklanan dan diterjemahkan sebagai "dikuasakan oleh". Tepatkah terjemahan ini? Contoh ayat: This programme powered by Tenaga Nasional Berhad = Program ini dikuasakan Tenaga Nasional Berhad?Terjemahan yang diberikan adalah betul. 

Contoh ayat: 
This programme powered by Tenaga Nasional Berhad

Terjemahan:
Program ini dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Penyemakan dan penterjemahan11.12.2021
apakah maksud nasionalSdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Lain-lain21.03.2010
Petronas ________singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. A. ialah B. adalah C. merupakan Mohon jawapan dan penjelasan bagi jawapan yang betul, dan fungsi perkataan 'merupakan' dalam ayat.Terima kasih.Petronas ialah singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama  "singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional".Tatabahasa30.05.2013
Untuk makluman pihak tuan/puan, Perbadanan Nasional Berhad atau Pernas adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Akronim bagi Perbadanan Nasional Berhad adalah pernas. Sehubungan itu, pihak kami dalam proses pertukaran akronim daripada pernas ke PERNAS. Justeru itu, Pihak kami memerlukan pengesahan daripada pihak tuan/puan seperti perkara berikut : i. Adakah akronim bagi pernas boleh dieja dalam huruf kecil? ii. Dari segi bahasa adakah ejaan akronim pernas dalam huruf kecil betul dari segi penggunaannya? dan ; iii. Boleh ke akronim pernas dieja huruf besar? iv. Pada pandangan ejaan akronim lebih sesuai dieja dalam huruf kecil atau huruf besar? Sekian terima kasih.Sila rujuk kamus DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020; 1694). Kata yang terakam ialah:

PERNAS akronim
Perbadanan Nasional. PERNAS juga dikenali sebagai Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang ditubuhkan untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk yang berkualiti.

Kesimpulannya, PERNAS dieja dengan huruf besar kesemuanya.
Ejaan10.06.2024
Apakah susunan betul bagi Liga Bola Sepak Wanita Nasional?Frasa 'Liga Bola Sepak Wanita Nasional' adalah betul. Tatabahasa19.04.2021
Program Retreat Pemuda Barisan Nasional. (Apakah perkataan yang sesuai bagi retreat?)Perkataan yang sesuai bagi "retreat" ialah permukiman, "Program Permukiman Pemuda Barisan Nasional".Penyemakan dan penterjemahan20.11.2014
definisi rukun tetangga dan integrasi nasionalRukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara.Makna12.10.2011
Bagaimanakah kita harus menyebut aksara "@"? Contohnya, dalam alamat emel "saudaraku@melayu.com", biasanya kita akan baca "saudaraku at melayu dot com". Apakah ini boleh diterima sedangkan perkataan "at" itu bukanlah perkataan melayu? Sekian. Terima kasih

Simbol '@' (at) disebut sebagai "di" dalam bahasa Melayu.

Contoh: Nasional@1">Nasional@1 (Nasional di satu)

Istilah20.01.2009
123456789

Kembali ke atas