apakh maksud nasuha? | Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai | Makna | 18.05.2009 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Puan Rashida Nasuha dari Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak. Pihak kami sedia maklum bahawa dewan bahasa dan pustaka sering kali mengadakan pertandingan sahibba untuk pelbagai kategori. Kami sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara atau peraturan pertandingan sahibba yang digunakan oleh pihak tuan. Pihak kami bercadang untuk mengadakan pertandingan sahibba antara sekolah-sekolah ABIM seluruh Malaysia dan dewan bahasa dan pustaka adalah rujukan utama kami. Tujuan saya menghantar email ini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada pihak tuan. Terima kasih di atas kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan. | Salam puan budiman, PERATURAN ASAS PERMAINAN SAHIBBA UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH Bersama-sama ini dilampirkan peraturan asas permainan sahibba untuk pertandingan sahibba sekolah menengah dan rendah untuk makluman dan tindakan pihak puan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi: Puan Nor Hidayah binti Ilias, Bahagian Pengembangan Kesuasateraan Kanak-kanak dan Remaja, melalui talian telefon 03-2147 9703 atau e-mel norhidayah@dbp.gov.my. Sekian, terima kaish. | Lain-lain | 05.11.2019 |