Yang mana satu antara 4 ayat ini yang betul? 1. murid penutur bukan natif 2. penutur murid bukan natif 3. murid bukan penutur natif 4. bukan murid penutur natif Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 3. murid bukan penutur natif | Tatabahasa | 19.05.2015 |
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan. | Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia. Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai. Berikut ialah makna kata natif dalam KDP: natif ناتيف kata adjektif 1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir. Contoh: Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka. 2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing. Contoh: a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama. b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara. 3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh. Contoh: a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu. b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.
| Makna | 09.01.2025 |
Bagaimanakah mengakronimkan perkataan murid bukan penutur natif? (mbpn/Mbpn/MBPN) Terima kasih. | Tidak ada akronim untuk murid bukan penutur asli (natif speaker ialah penutur asli). Untuk makluman tuan, penggunaan akronim amat terhad dalam Bahasa Melayu dan banyak digunakan dalam penamaan jabatan atau pertubuhan. | Istilah | 25.09.2017 |
adakah 'native language' diterjemahkan sebagai 'bahasa natif' dalam bahasa melayu? | Padanan ‘native language’ dalam bahasa Melayu ialah ‘bahasa bumiputera’; ‘bahasa ibunda’; ‘bahasa asli’; dan ‘bahasa natif’. | Istilah | 20.07.2014 |
1) masalah penggunaan bahasa bercampur aduk dalam ranah bahasa rasmi 2) apa maksud promsi istilah natif? 3)apa maksud promosi status bahasa? 4)apa maksud bahasa wilayah/bahasa antarabangsa? 5)apakah perancangan menaik taraf bahasa dalam akta, penjawatan awam, peperiksaan awam, ejaan, sebutan, tatabahsa, an kamus? | Saudara boleh merujuk makalah atau tulisan-tulisan tentang masalah yang dikemukakan dalam majalah,buku tentang perancanagan bahasa dan akhbar tempatan atau rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP. | Lain-lain | 22.03.2008 |
assalamuaikum Tuan. Saya sedang menyiapkan tesis berkaitan Pembangunan Modul Kata Kerja untuk Murid Iban sekolah rendah di Sarawak. Saya ingin kepastian berkaitan teori yang sesuai untuk saya terokai dan kaitan dengan penguasaan kosa kata kerja untuk murid bukan penutur natif ini. Sebelum ini saya menggunakan Teori Medan Makna,namun terlalu mendalam dan kurang sesuai untuk pemerolehan kosa kata murid Iban. Saya juga sedang mempertimbang untuk menggunakan Teori Fungsional,namun saya masih buntu. Mohon pencerahan daripada Pihak DBP. terima kasih Tuan | Kami mencadangkan tuan/puan untuk merujuk para pensyarah atau pengajar di universiti tuan/puan. Namun, sekiranya tuan/puan ingin membuat rujukan tesis, kertas kerja, buku atau artikel, tuan/puan boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/ | Penyelidikan | 14.08.2021 |
Apakah terjemahan bagi istilah "digital natives"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk digital native. Padanan bahasa Melayu untuk digital ialah digital. Perkataan native mempunyai beberapa istilah bahasa Melayu, iaitu tempatan, asli , asal, semula jadi dan natif. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mohon jasa baik tuan untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "digital natives" seperti contoh ayat "If we want our students to be digital natives in a digital world, they must be able to..." Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah warga natif digital. | Istilah | 04.02.2021 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya sudah membuat carian di PRPM.dbp.gov.my dan tidak mendapati istilah bM bagi "Digital Native". Mohon bantuan Tuan/Puan untuk memberikan saya terjemahannya dalam bM. Terima kasih, wassalam. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk digital native. Padanan bahasa Melayu untuk digital ialah digital. Perkataan native mempunyai beberapa istilah bahasa Melayu, iaitu tempatan, asli , asal, semula jadi dan natif. | Istilah | 27.11.2011 |