Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nations

Peribahasa

193

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menangguk di air keruh

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menangguk di air keruh dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pelajar sarjana di UKM sedang mengkaji mengenai "Middle Power Nations" dan akan mengeluarkan thesis mengenainya dalam bahasa melayu. Saya ingin bertanya istillah "Middle Power Nations" jikalau di terjemahkan kepada bahasa melayu adakah ia sebagai Negara Kuasa Tengah atau Negara Kuasa Pertengahan? Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasihMenurut Istilah Bahasa Melayu, maksud 'middle power' ialah kuasa pertengahan daripada bidang sains politik dan sejarah. Maka cadangan terjemahan bagi "Middle Power Nations" ialah negara kuasa pertengahanMakna24.10.2021
Apakah istilah terjemahan tepat untuk United Nations Security Council (UNSC)? Adakah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu?Terjemahan untuk United Nations Security Council (UNSC) dalam bahasa Melayu ialah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Makna07.05.2022
Saya ingin bertanya United Nations dalam bahasa Melayu ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Bangsa-Bangsa Bersatu?Padanan yang betul ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2017
Apakah terjemahan yang paling tepat untuk "model law" dalam ayat United Nations Commission on International Trade Law Model Law Procurement 2011?Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Mohon berikan cadangan terjemahan bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan, untuk kami semak.Lain-lain14.08.2024
Apakah terjemahan bagi teori berikut: 'Absolute Advantage Theory', 'Comparative Advantage Theory', 'International Product Life-Cycle Theory' dan 'Competitive Advantage Nations Theory' dalam bahasa melayu?Salam Saudara. Mohon maaf kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, sebaliknya kami menyediakan perkhidmatan penyemakan terjemahan. Maksudnya, Saudara perlu mengemukakan cadangan terjemahan teori berkenaan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu dan disertakan maklumat ringkas atau sinposis konteks kandungan teori tersebut. Melalui maklumat tersebut kami akan menyemak penterjemahan tersebut dan mengesahkannya. Harap maklum dan terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2014
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Adakah penggunaan "penerbangan carter" atau penerbangan sewa khas lebih afdal? http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=charter# charter n 1. written grant of rights, piagam; 2. constitution, piagam: the ~ of the United Nations, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; 3. (attrib) for hire, carter: ~ flight, penerbangan carter;Istilah bahasa Melayu untuk "charter flight" ialah penerbangan carter.Istilah15.09.2012

Kembali ke atas