Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : of /this, that/ ~, spt /ini, itu/: I will not tolerate behaviour of this ~ in my house, saya tdk akan membiarkan kelakuan spt ini dlm rumah saya; in the ~ of, the same as, tdk ubah spt: her request is in the ~ of a command, permintaannya tdk ubah spt satu arahan; in the ~ of things, perkara semula jadi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. temperament, character, sifat (semula jadi): she has a generous ~, sifatnya pemurah; it’s against human ~, hal itu berlawanan dgn sifat manusia; the two dogs have entirely different ~s, kedua-dua ekor anjing itu mempunyai sifat semula jadi yg sangat berbeza; by ~, memang sifat (semula jadi) sso: children are optimistic by ~, memang sifat semula jadi kanak-kanak optimis; it’s not (in) so’s ~ to, bukan sifat sso: he will rise again, it’s not in his ~ to give up easily, dia akan bangun berjuang semula, bukanlah sifatnya mudah mengalah; 4. essential property, characteristic, sifat: to study the ~ of gases, mengkaji sifat-sifat gas; 5. sort, kind, jenis: the ~ of his work enabled him to go abroad frequently, jenis pekerjaannya membolehkan dia selalu ke luar negeri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. the physical world, usually the outdoors, alam (semula jadi): the beauties of N~, keindahan alam semula jadi; ~ lovers, pencinta alam; elements of ~, unsur alam; Wordsworth was a poet of ~, Wordsworth ialah seorang pensyair alam semula jadi; ~ worship, pemujaan alam; 2. power causing natural phenomena, [various translations]: procreation is ~’s way of ensuring that life goes on, pembiakan ialah cara alam memastikan bahawa kehidupan akan berterusan; to struggle against ~, bergelut dgn fenomena alam; the doctors have done what they can, we must leave the rest to ~, para doktor telah melakukan segala yg terdaya, biarlah keadaan menentukannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nature


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baby's skin deserves the best care from nature. Suggested translations:- 1. Kulit bayi patut menerima penjagaan yang terbaik daripada alam semula jadi. 2. Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. 3. Kulit bayi perlu diberikan penjagaan yang rapi berasaskan sumber semula jadi. Appreciate if you could advise which translation is correct. Thanks.Padanan yang sesuai untuk terjemahan tersebut ialah Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. Penyemakan dan penterjemahan25.06.2019
Soalan (19/5/2016) - Kami ingin memaparkan nama aktiviti (business nature) pada dinding hadapan bangunan pengedar-pengedar kami. Akan tetapi terdapat kemusykilan sama ada Wakil Jualan atau Pusat Jualan merupakan terma yang betul untuk digunakan. Adakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekiranya pihak kami ingin menggunakan "Pusat Jualan" dan menyeragamkan terma ini untuk semua pengedar kereta kami diseluruh malaysia? Jawapan: Keterangan "PUSAT JUALAN" boleh digunakan untuk mana-mana ibu pejabat dan cawangan. ------------------------------------------------------------------- Merujuk Kepada jawapan di atas: Pusat Jualan - Ibu Pejabat dan cawangan Wakil Jualan - Pengedar Adakah kenyataan saya di atas tepat? Atau untuk pengedar , boleh juga menggunakan pusat jualan?
Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain31.05.2016
Pernyataan ini berkaitan dgn bidang penyelidikan pendidikan ... Creswell & Clark (2007) ada menulis "the embedded nature of this approach can be indicated with the notation QUAN (qual). The qualitative data played a subservient role within the larger quantitative metholodogy" Persoalannya sekarang, adakah tepat sekiranya saya terjemahkan QUAN (qual) pada KUAN (kuali). Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "KUAN" dan "kuali" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut mesti dieja penuh , iaitu Kuantitatif dan Kualitatif.Istilah03.12.2013
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanyakan mengenai apakah maksud kepada perkataan "Birdwatching" di dalam Bahasa Melayu. Mengikut terjemahan Kamus DBP, ianya bermaksud mengkaji burung. Pihak kami menerima maksud terjemahan yang lain dari Malaysia Nature Society yang mana telah memberikan maksud "Mencerap Burung" atau sebagai aktiviti pemerhatian burung. Mohon pihak DBP dapat memberikan maklumbalas kepada persoalan ini. Sekian, terima kasih.Bird-watching boleh diterjemahkan kepada mengkaji burung atau juga mencerap burung berdasarkan konteks penggunaan yang lebih sesuai. Tidak semua yang terlibat itu mengkaji burung, maka kata mencerap burung lebih sesuai digunakan dalam keadaan tertentu.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2015
Apakah maksud yang berpadanan dengan istilah bahasa Inggeris "meme". Berikut sedikit huraian maksudnya dalam bahasa Inggeris. -an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. -an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by Internet users, often with slight variations.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk meme dalam pangkalan data kami. Mohon tuan/puan berikan penggunaan meme dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanannya yang sesuai dalam  bahasa Melayu.Istilah05.03.2018
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu?Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan.Istilah17.05.2011
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat.Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing".Istilah20.07.2011

Kembali ke atas