Ungkapan “di bawah entri” atau “bawah entri, “di bawah naungan” atau “bawah naungan” dan “di bawah peraturan” atau “bawah peraturan”? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah di bawah entri, di bawah naungan dan di bawah peraturan. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
saya hendak terbitkan buku di bawah naungan DBP. Apakah nasihat tuan | MENERBITKAN BUKU DENGAN DBP Salam sejahtera, Sebarang permohonan untuk menerbitkan manuskrip/buku dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain ke Dewan Bahasa dan Pustaka bolehlah dihantar ke: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
| Lain-lain | 15.01.2020 |
Boleh tolong terangkan yang mana satu bukan metafora? a. diulit riang b. halaman diari c. naungan nusa d. bumi merdeka | Jawapannya a. diulit riang | Tatabahasa | 23.07.2010 |
pengertian merdeka menurut kamus dewan bahasa dan pustaka | Merdéka bermaksud bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: | Makna | 30.08.2007 |
APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENAR | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Bagaimana mendapat translation services dari DBP? | DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk khidmat terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjamah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 18.10.2012 |
Salam sejahtera. Di sini ada satu pertanyaan tentang lirik lagu kebesaran negeri Johor iaitu perkataan 'Nugerahkan dan perkataan naungkan, adakah ejaan bagi kedua-dua perkataan ini betul? atau 'Nugerahkan sebenarnya ejaan yang betul ialah Anugerahkan manakala naungkan ejaan betul ialah naungan? Terima kasih atas penjelasan tuan. | Allah peliharakan Sultan 'Nugerahkan dia segala kehormatan sihat dan ria kekal dan makmur luaskan kuasa naungkan kami rakyat dipimpini berzaman lagi dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan Perkataan yang tepat ialah "Anugerahkan" dan "Naungan" seperti mana yang tuan fahami. Untuk makluman tuan, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai lesen puitis (poitic License). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu.Biasanya lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. | Sastera | 30.05.2017 |
salam..saya sedia maklum bahawa pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penterjemahan buku cerita? | Kami tidak menyediakan khidmat terjemahan, jika tuan memerlukan khidmat tersebut sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506/2806 atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) di Wangsa Maju. | Lain-lain | 15.02.2013 |
saya nama chenurisa cehsoh.saya belajar bahasa melayu. saya ingiin bertanya tentang bahasa melayu.Apakah makna merdika. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).
| Makna | 11.11.2015 |
saya name chenurisa ceh-soh.saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu.Apakah makna merdeka. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).
| Makna | 10.11.2015 |