Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.zir] | ناظير

Definisi : Ar pelawat, pengawas, pemeriksa; ~ sekolah pemeriksa sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.zir] | ناظير

Definisi : orang yg kerjanya melawat (sekolah dll); pelawat; pengawas: ~ bebas (sekolah) pegawai yg mengawasi kemajuan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nazir (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pelawat, pemeriksa, pengawas, pengawal.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nazira Nazir 2:29PM Nazira Nazir Nazira salam DBP...saya ingin membeli buku Mukaddimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...bagaimana caranya?Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka MalaysiaLain-lain23.06.2016
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "superintendent" untuk kegunaan di universiti (pendidikan)? Adakah nazir atau penguasa?Untuk makluman,  istilah bahasa Melayu untuk "superintendent of schools" ialah nazir sekolah. Oleh itu, kami berpendapat istilah "nazir" lebih sesuai digunakan di universiti.Istilah03.04.2014
Apa maksud Inspektorat dan contoh penggunaan ayat

Saudara Kaszila,

Maksud 'inspectorate' ialah badan jemaah pemeriksa. Dalam konteks sekolah ialah jemaah nazir. Contoh ayat: Jemaah Nazir Sekolah merupakan salah satu bahagian penting di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.  

Makna17.07.2009
An Nas Nazir As Salam admin. sy An Nas dari UNIMAS. baru sahaja menamatkan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada bulan September yang lepas. saya ingin bertanya bagaimana jika saya ingin membuat permohonan sebagai pereka grafik luar di DBP? kerana saya berminat untuk berkhidmat di DBP sebagai pereka grafik dalam masa sama sy juga masih membantu staf yang memerlukan khidmat sy walaupun sy telah tamat latihan bagaimana cara untuk memohon jawatan tersebut? maklum balas admin sangat saya harapkan terima kasihWa alaikumussalam. Tuan/Puan boleh menghantar surat permohonan bersama-sama maklumat diri kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain13.10.2016
Assalamualaikum. Paparan ayat (di pintu atau tembok bangunan) yang mana satu sesuai bagi mengalukan kedatangan tetamu: 1. Selamat Datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat Datang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat yang betul ialah "Selamat Datang Jemaah Nazir dan Pegawai Jaminan Kualiti Cawangan Muar."Tatabahasa11.01.2014
Assalamualaikum. Bolehkan perkataan 'penaziran' digunakan? Saya akses dalam dbp, hanya terdapat perkataan dan maksud nazir. Sedangkan perkataan 'penziran' adalah istilah yang biasa digunakan

Istilah nazir mempunyai beberapa maksud iaitu pemeriksa, pengawas, dan pelawat. Oleh itu, Pe...an yang digunakan merujuk kepada sesuatu proses. Maka maksud penaziran yang paling sesuai di sini ialah proses pemeriksaan. Untuk istilah penaziran boleh digunakan dalam bahasa Melayu.   

Tatabahasa19.12.2015
Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 8:51am Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ke atas dua perkataan yang berbeza iaitu Juruteknik dan Juruteknologi. Adakah dua-duanya mempunyai maksud yang sama atau berlainan? Hal ini kerana, saya telah cuba mencari di laman web DBP, tetapi masih bingung kerana kedua-duanya bermaksud sama. Walau bagaimanapun, kata akar bagi kedua-duanya adalah berlainan iaitu: 1) Teknik - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknik 2) Teknologi - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknologi Dari segi fahaman saya, teknik adalah sesuatu pengetahuan dan teknologi itu adalah hasil daripada pengetahuan itu yang menjurus kepada pembuatan mesin atau aplikasi. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan dengan tatanda awalan juru-: 1) Juruteknik: Seseorang yang mahir dalam sesuatu pengetahuan 2) Juruteknologi: Seseorang yang mahir dalam pengendalian sesuatu mesin atau aplikasi. Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 9:16am saya berharap pihak tuan/puan dapat menyelesaikan kesulitan saya. saya dahulukan dengan ucapan terima kasihKata akar teknik dan teknologi membawa maksud yang berbeza, namun mungkin ada persamaan dalam hal yang tertentu. Dalam hal perjawatan istilah juruteknik digunakan bagi merujuk pakar dalam hal teknikal, manakala kepakaran dalam bidang teknologi menjurus terus kepada bidang tertentu. Tidak lazim digunakan istilah juruteknologi, sebaliknya pakar dalam bidang perubatan disebut doctor, pakar dalam bidang seni bina disebut arkitek dan pakar dalam bidang sains disebut ahli sains/saintis.Istilah01.06.2015
makna perkataan NAZIRANTiada perkataan NAZIRAN dalam data kami yang ada ialah NAZIR -orang yg kerjanya melawat (sekolah dll); pelawat; pengawas: ~ bebas (sekolah) pegawai yg mengawasi kemajuan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)Makna08.10.2018
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih.
Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut:

   I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS  
                IMAM      BILAL     NAZIR

Lain-lain25.10.2016
12

Kembali ke atas