Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : - comb .form hampir: ~ hysterical, hampir histeria; ~ perfect, hampir sempurna. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt mendekati, menghampiri; (in age) mendekati: the boat was ~ing the jetty, bot itu menghampiri jeti; my grandmother is ~ing ninety, umur nenek saya mendekati sembilan puluh tahun. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi semakin /dekat, hampir/, mendekat: Sulaiman and his friends grew more and more nervous as the final exams ~ed, Sulaiman dan kawan-kawannya semakin gugup apabila peperiksaan akhir semakin dekat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : prep close to, a. (in space) dekat dgn, (fml), /berdekatan, berhampiran/ dgn; (colloq) dekat: they have a beautiful house ~ the river, mereka mempunyai sebuah rumah yg indah dekat dgn sungai; ~ the station there can be found various cafés and restaurants, berdekatan dgn stesen terdapat berbagai kafe dan restoran; why won’t you sit ~ me?, kenapa tak nak duduk dekat saya?; b. (in time) tdk lama sebelum: ~ the school holidays, tdk lama sebelum cuti sekolah; ~ the end of the play, tdk lama sebelum lakonan itu tamat; c. (in likeness) hampir serupa dgn: the reproduction is very ~ the original, lukisan itu hampir serupa dgn lukisan sebenar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : as ~ as /makes no difference, no matter /, lebih kurang begitu: they own 2,000 ha. of land, or as ~ as makes no difference, mereka memiliki tanah seluas 2,000 ha. atau lebih kurang begitu; /come, draw, get/ ~(er), (makin) mendekat, makin dekat: the child came a couple of steps ~er, kanak-kanak itu mendekat dua tiga langkah; the train was getting ~ to the station, kereta api itu makin dekat dgn stesen; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a ~ thing, nyaris-nyaris: the train and the bus didn’t actually touch, but it was a very ~ thing, kereta api dan bas itu sebenarnya tdk bergesel tetapi sudah nyaris-nyaris; ~ to each other, berdekatan, berdekat-dekatan: the fire station, the post office and the TV studios are all ~ to each other, balai bomba, pejabat pos dan studio TV semuanya berdekat-dekatan; the ~est thing to, (approp n +) paling /mirip, serupa/ dgn: Mr Venkat’s sundry shop was the ~est thing to a supermarket in the whole district, kedai runcit En. Venkat paling mirip dgn pasar raya di seluruh daerah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : she was ~ to tears, dia sudah hampir hendak menangis; the national economy is ~ to collapse, ekonomi negara sudah hampir runtuh; a ~ accident, hampir berlaku kemalangan; a ~ disaster, malapetaka yg hampir-hampir terjadi; 2. closer to the speaker, (di) sebelah sini, terdekat: only one parachutist succeeded in landing on the ~ bank of the river, hanya seorang ahli payung terjun yg berjaya mendarat di tebing sungai sebelah sini; 3. (UK) (of horses, vehicles, etc) on the left, sebelah kiri: the ~ front wheel, roda depan sebelah kiri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj & adv 1. close, a. (in space) dekat: the station is very ~ (to the hotel), stesen dekat sekali (dgn hotel); the ~est town is 50 km. away, bandar yg paling dekat 50 km dr sini; ~ neighbours, jiran dekat; move your chair ~er, alih kerusi kamu dekat sedikit; b. (in time) dekat, hampir: the New Year is ~, Tahun Baru sudah hampir; c. (in relationship) dekat, rapat: he is a ~ relative of mine, dia saudara dekat saya; d. (to action or event) hampir(-hampir) (+ approp v): (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : in the ~ future, dlm jangka masa yg singkat; not anywhere ~, see NOWHERE (nowhere near); o’s ~est and dearest, orang yg sso sayang: we are prepared to sacrifice everything for our ~est and dearest, kita rela mengorbankan segala-galanya utk orang yg kita sayang; to the ~est /kilogram, thousand, etc/, dlm /kilogram, (angka) ribu, dll/ /yg paling hampir, terdekat/: can you give me the figures to the ~est million?, boleh anda beri saya angka-angka itu dlm angka juta yg paling hampir?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata near


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah menerbitkan sebuah buku ilmiah bertajuk Traumatic Childbirth: Near Miss and Morbidities di bawah Penerbit Universiti Sains Malaysia. Saya berhasrat untuk membuat ulasan buku tersebut dalam bahasa Melayu. Dengan pengalaman tuan/puan, saya memohon sekiranya tuan/puan dapat menunjukkan jalan iaitu di mana dan bagaimana ulasan tersebut boleh diterbitkan. Mohon bantu. Terima kasihKami mencadangkan pihak tuan untuk menghubingi Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-2147 9534.Lain-lain29.03.2025
Apakah maksud "abdominal thrust". Penggunaan dalam ayat: Abdominal thrusts can also be performed on oneself with the help of the objects near.Cadangan terjemahan bagi "abdominal thrust" ialah tekanan abdomen.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2022
Stitches There is no one definite answer for the cause or treatment of a stitch. The most popular theory is that a stitch is caused by either drinking too much or eating a meal too near to running... Apakah istilah yang amat tepat untuk "stitches" dalam Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Dusun terdapat istilah solisipon, obikon, oripon.

Berdasarkan keterangan saudara, stitch merupakan sejenis kesakitan dan tiada padanan bahasa Melayu dalam rujukan kami. Oleh itu gunakan perkataan tersebut dengan ejaan dicondongkan.

Istilah02.03.2010
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

1.    1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

1.    Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.






Tatabahasa26.09.2021
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where  boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”.  Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat:

1.     A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.)

2.    The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017

Kembali ke atas