| salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju; Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial . | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
| Salam sejahtera. Saya ada satu kemusykilan mengenai perkataan -nya. Kenapakah buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 muka surat 38 ada penggunaan nya yang merujuk kepada perkara? Ayat itu berbunyi begini, Hal ini bukanlah suasana yang baharu kerana beberapa buah sekolah di luar negara telah mengamalkannya. | Ada tiga fungsi "-nya", iaitu sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, penegas dan pembenda. Perkataan "-nya" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai penegas. | Tatabahasa | 06.05.2022 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Berkenaan dengan perkataan "Khatulistiwa", jika digunakan bersama dengan "garisan", maka "K"nya huruf besar kerana "garisan Khatulistiwa" merupakan kata nama khas. Soalan saya, jika digunakan dengan "negara", adakah "K" tersebut perlu dihurufbesarkan, iaitu ditulis seperti "negara Khatulistiwa" ataupun "negara khatulistiwa"? Adakah "negara khatulistiwa" ini kata nama khas atau kata nama am? | Perkataan “Khatulistiwa” merupakan kata nama khas. Sehubungan dengan itu, huruf pertama bagi perkataan tersebut hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar, iaitu “Khatulistiwa”. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1105. | Ejaan | 27.04.2023 |
| .....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), menyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri. Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
| Nama saya Sumaiyah Mateh belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna cinta? | Menurut data kami, maksud perkataan cinta ialah 1 (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kepada negara, ibu bapa dan lain-lain: ~nya kepada ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kepada negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik, kasih dan sebagainya; sangat tertarik (kepada laki-laki atau perempuan): ~nya yang tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yang setia itu sangat ~ kepada suaminya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cinta | Makna | 09.11.2015 |
| Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965. | Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google. | Lain-lain | 17.04.2019 |
| Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara. | aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); | Makna | 16.08.2007 |
| Adakah slogan ini betul dari sudut maksud nya itu sendiri. Tranformasi bervisi peneraju altruistik mahasiswa | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud perkataan pada slogan di atas adalah seperti yang berikut: 1. transformasi - perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya 2. visi - pandangan jauh, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara; wawasan 3. peneraju - orang atau pihak yang menerajui 4. altruistik - suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri 5. mahasiswa - pelajar atau penuntut di universiti Slogan ini perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 26.01.2023 |
| Bolehkah diperkenalkan istilah "negarawati" untuk merujuk kepada negarawan wanita. Jabatan Pembangunan Wanita berhasrat untuk memperkenalkan Akademi Negarawati sebagai pusat latihan kepimpinan kecemerlangan wanita daripada pelbagai sektor termasuk politik. Objektif akademi ini adalah melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis wanita yang berjiwa negarawan | Frasa “Akademi Negarawati” tidak sesuai digunakan kerana kata “negarawati” merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh negara kepada 1. seseorang orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, orang yang memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara; 2. pemimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaannya, kejujurannya, dan lain-lain) yang unggul. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan pusat latihan tersebut dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Wanita. | Lain-lain | 06.12.2024 |
| apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |