Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata negaraku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat -ayat di bawah ini betul? 1. Nama lagu kebangsaan Malaysia Negaraku. 2. Nama lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku. 3. Nama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.1. Nama lagu kebangsaan Malaysia Negaraku.
2. Nama lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku.
3. Nama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.
Ketiga-tiga ayat ini betul.
Tatabahasa18.07.2016
Salam. Ejaan bagi perkataan yang mana betul: Lagu Negaraku atau Lagu negarakuEjaan yang betul ialah Lagu Negaraku (jika dipermulaan ayat Lagu perlu huruf besar) Ejaan23.09.2018
a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)?

1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif

2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku".

3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. 

Tatabahasa21.07.2011
tanda baca yang betul bagi lagu negaraku ialah....Untuk permulaan ayat, perlu guna huruf besar. Contohnya:1.  Lagu Negaraku 2. Mereka menyanyikan lagu Negaraku.Lain-lain25.05.2015
Soalan 1- Timbul keraguan tentang lagu "Negaraku", buku teks BM tahun 1 ms86,"ditulis lagu Negaraku, yang manakah betul? Soalan 2- adakah murid-murid sekalian, para murid sekalian betul ? Terima kasih

1. Ejaan yang betul ialah lagu Negaraku - tidak perlu tanda petik (" ") kecuali apabila menulis tajuk buku, bab dan sebagainya.

2. Ungkapan yang betul ialah sekalian murid atau murid-murid.

Tatabahasa27.07.2011
Salam Negaraku Malaysia. Semoga tuan sihat walafiat dan sentiasa dilimpahi rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Saya mempunyai beberapa persoalan. Soalan 1. Di PLANMalaysia (Jabatan Perangan Bandanr dan Desa) ejaan "PLANMalaysia" dieja sedemikian memandangkan imej dan identiti PLANMalaysia. Walau bagaimanapun, timbul kekeliruan dalam kalangan pegawai untuk mengeja tajuk surat. Contoh: SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN PLANMalaysia ataupun SENARAI NAMA PERSETA HARI KEBANGSAAN PLANMALAYSIA Mana yang betul? Soalan 2: Bagaimana menulis contoh gelaran Dr., Ir., dalam huruf besar. Adakah IR. DR. ALBA? Adakah perlu noktah selepas Dr. dan Ir.? Sekian, terima kasih. Salam hormat|Regards , ALBASYA'ARI ABDUL LATIF Pegawai Perhubungan Awam|Public Relations Officer PLANMalaysia | PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) | (Department of Town and Country Planning) Tingkat 2, Blok Melati | 2nd Floor, Melati Block 50646 Jalan Cenderasari Kuala Lumpur Tel : 03-2265 0608 Fax : 03-2265 06041. Untuk urusan rasmi seperti tajuk surat, perlu menggunakan nama penuh, iaitu Jabatan Penerangan Bandar dan Desa. Contoh, SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN DI JABATAN PENERANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia)
2. Untuk setiap kependekkan, perlu diletakkan titik dan tidak perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya. Ini bermaksud, ejaan yang betul ialah Ir. dan Dr.
Lain-lain03.01.2018
Salam Negaraku. Mohon pandangan berkaitan tajuk bagi menunjukkan artikel/ buku berkaitan sejarah agensi. Adakah "Menelusuri Sebuah Perjalanan" boleh digunakan. Atau "Menelusuri Perjalanan". TKasih.Untuk makluman, kedua-dua tajuk tersebut tidak salah jika digunakan. Sungguhpun begitu, pihak kami mencadangkan supaya digunakan judul "Menelusuri Perjalanan".Karya27.04.2017
Salam Negaraku! Mohon pandangan berkaitan terjemahan bagi "... features on, above and below the earth's surface" kepada ".... fitur pada, atas dan di bawah permukaan bumi." @ "fitur yang terdapat pada, atas dan bawah permukaan bumi". Sekian, terima kasih.Daripada contoh frasa yang diberikan, perkataan features dicadangkan padanannya dalam bahasa Melayu ialah bentuk atau ciri-ciri. (Contoh ayat: Bentuk geologi / Ciri-ciri geologi pada, di atas dan di bawah permukaan bumi adalah berbeza di hemisfera utara)Penyemakan dan penterjemahan05.04.2017
Ejaan Negaraku untuk nama lagu dengan pernyataan negara aku adakah sama. Maksud saya perlukah dijarakkan negara dengan ku tersebut? TQMaksudnya sama. Ku ialah kata ganti singkat untuk aku. Pedoman yang sedia ada ialah kata ku ditulis serangkai dengan kata di depannya. Contoh lain, bukuku.  Ejaan15.05.2009
ejaan lagu Negaraku atau negara kuEjaan yang betul ialah Negaraku.Ejaan07.05.2012
123

Kembali ke atas