Apakah beza nanas dan nenas? Ejaan yang sebetulnya adakah nanas atau nenas. Jika kedua-duanya betul, apakah situasi yang sesuai untuk pengunaannya? | Istilah yang betul ialah nanas. | Istilah | 10.04.2010 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Sulaiman Kaiat, saya ingin bertanya berhubung penggunaan perkataan 1."depoh" dan "depot" bila masa yang sesuai digunakan. 2. "Depoh Imigresen Pekan Nenas" atau "Depot Imigresen Pekan Nenas" terletak di Negeri Johor. Manakah perkataan yang lebih tepat. Saya mohon mendapat penjelasan yang dari pihak tuan. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim | Perkataan yang betul ialah depot. (Depot Imigresen Pekan Nenas) | Istilah | 14.12.2016 |
Request correct spelling - is it "nenas" or "nanas"? | Ejaan yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 19.02.2014 |
pineapple dalam bahasa malaysia adakah nanas atau nenas? | Yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 01.06.2009 |
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan. | Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2008 |