Saya sayang akan nenek. Saya sayang kepada nenek. Saya sayang pada nenek. Antara ketiga-tiga ayat di atas yang mana betul | Yang betul ialah saya sayang akan nenek atau saya sayangkan nenek. | Tatabahasa | 12.10.2009 |
tolong semak ayat ini. betul ke tidak. boleh diterima atau tidak. 1) Nenek Ali rajin berkemas rumah. 2) Nenek rajin berkemas rumah. 1) Nenek Ali menyayangi cucunya. 2) Nenek Ali menyanyanyi cucu. 3) Nenek sangat menyayangi cucu. 4) Nenek sangat menyayangi cucunya. 1) Nenek saya memasak bubur untuk untuk saya. | Ayat Nenek Ali rajin berkemas rumah, Nenek rajin berkemas rumah, Nenek Ali menyayangi cucunya dan Nenek sangat menyayangi cucunya adalah ayat gramatis. | Tatabahasa | 24.05.2012 |
Assalammualaikum, Kata ganti diri dalam ayat di bawah (mama, ayah, nenek) perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya ataupun dengan huruf kecil? 1. Kemudian, mama mengambil klip rambut yang selalu digunakan apabila dia menggunting rambut ayah. 2. “Kamu suka makan pai epal rhubarb Nenek, kan?” nenek bertanya. | Perkataan emak, nenek dan ayah ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 10.03.2017 |
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas? | Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan: 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. 2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian 3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. 4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Makna | 03.05.2014 |
Nenek menadah _____ di dalam sebuah tempayan. A. Air hujan B. Air pair Adakah kedua-dua jawapan tersebut diterima? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah A. air hujan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menadah bermaksud "menyambut apa-apa yang gugur atau jatuh". Air hujan ialah air yang turun atau gugur (menitik dengan banyaknya). | Makna | 13.01.2014 |
'Nenek menyimpan barang-barang kemasnya dengan rapi.' Bolehkah tuan terangkan kepada saya apakah kesilapan dalam ayat ini. 'Ali memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.' Bolehkah kita menggunakan 'memasang angan-angan' terima kasih | Perkataan "barang kemas" memadai dan tidak perlu digandakan, manakala "memasang angan-angan" tiada dalam rujukan kami sama ada dalam bentuk peribahasa atau ungkapan Melayu, perkataan tersebut mungkin digunakan sebagai bahasa percakapan. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
A. Nenek dan datuk memberi kami beberapa biji durian. B. Nenek dan datuk memberi beberapa biji durian kepada kami. (Adakah ayat tersebut betul?) | Ayat pertama: Nenek dan datuk memberi kami beberapa biji durian. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Nenek bercerita/menceritakan tentang kisah "labu dan Labi". bercerita atau menceritakan yang betul. Mengapa? | Nenek bercerita tentang kisah Labu dan Labi atau Nenek menceritakan kisah Labu dan labi. Ayat pertama ialah ayat tak transitif manakal ayat kedua ialah ayat transitif. | Tatabahasa | 06.03.2007 |
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut. | 1. Kedua-dua boleh digunakan. 2. Ibu sedang menjahit baju. 3. Nenek sedang memasak ikan. 4. Adik menangis kerana perutnya sakit. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
(a)Ai Ling menziarahi nenek di rumah.(b)Ai Ling menziarahi nenek di ruang tamu.~Bolehkah menziarahi "di rumah" atau "di ruang tamu"?Terima kasih. | Ayat Ai Ling menziarahi nenek di rumahnya, boleh diterima. | Tatabahasa | 18.03.2015 |