Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata netherlands


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara frasa "...kemenangan 1-0 keatas Netherlands" dengan "...kemenangan 1-0 terhadap Netherlands", mana satukah yang betul?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2010
Mohon pandangan tuan sekiranya terjemahan ini tepat: Eng: Coalition Agreement 2017 by Netherlands Authority For Consumer and Markets BM: Perjanjian Gabungan 2017 oleh Pihak Berkuasa Belanda Bagi Pengguna dan Pasaran.

Terjemahan yang diberikan adalah bertepatan dengan ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain31.10.2022
Adakah penggunaan istilah bagi 'bawang holand' adalah tepat?Ya, penggunaan istilah "bawang Holland" adalah tepat berdasarkan jenis bawang yang diimport daripada negara Holland/Netherlands (Belanda). Untuk makluman, bawang jenis ini juga dikenali sebagai "bawang besar kuning".Lain-lain23.05.2021
apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat?

Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014

Kembali ke atas