Bagaimana untuk menterjemah "Network Quotient" ke dalam BM? | Istilah Network Quotient masih belum ada lagi dalam sistem carian PRPM kami. Merujuk kepada Kamus Komputer maksud Network ialah Rangkaian manakala maksud Quotient ialah darjah, hasil bahagi atau respirasi. Maksud yang sesuai bagi Network Quotient ialah Darjah Rangkaian. | Makna | 31.10.2016 |
Salam. Mohon bantu beri terjemahan bagi perkataan berikut, "Actor-Network Theory" dan "Sociomateriality" Actor-Network Theory has its own epistemological and ontological position, in essence considering the world as consisting of networks. These networks can include humans, things, ideas, concepts - all of which are referred to as “actors” in the network. Sociomateriality is a theory built upon the intersection of technology, work and organization, that attempts to understand "the constitutive entanglement of the social and the material in everyday organizational life | Cadangan terjemahan bagi "Actor-Network Theory" ialah teori rangkaian pelakon (ANT) manakala "Sociomateriality" ialah sosiokematanan | Makna | 22.08.2021 |
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih. | Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2014 |
Mohon definasi "Software Defined Network". Bolehkah digunakan perkataan "Rangkaian yang Ditakrifkan Perisian". Mohon maklumbalas. Terima kasih. | Kami mencadangkan Software Defined Network diterjemahkan sebagai "Rangkaian Perisian Tertakrif". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.03.2022 |
Mohon persamaan kata dalam bahasa Malaysia untuk perkataan berikut: - Storage Area Network - Product Manager - Liason Officer - Focal Point Terima kasih | Padanan yang tepat bagi Storage Area Network ialah Rangkaian Kawasan Storan, Product Manager ialah Pengurus Produk, Liaison Officer ialah Pegawai Perhubungan dan Focal Point ialah Pusat Tumpuan. | Makna | 19.04.2007 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi istilah 'network aggregator'? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "network aggregator". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penggabung rangkaian. Sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami boleh memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang lain. | Istilah | 25.12.2015 |
Salam Tuan, Terdapat pertanyaan dari segi penggunaan perkataan yang diitalickan dalam penerbitan surat, artikel dan sebagainya? Contohnya : Asian Network for Free Elections (ANFREL) Penggunaan perkataan berbahasa Inggeris akan dicondongkan (italic) manakala perkataan berbahasa melayu adalah seperti biasa. Soalan saya, adakah perkataan di dalam kurungan iaitu "(ANFREL)" perlu juga dicondongkan (italic) atau memadai hanya perkataan "Asian Network for Free Elections" dicendongkan manakala perkataan "(ANFREL)" dikekalkan? Pohon penjelasan dari tuan. | Perkataan Asian Network for Free Elections hendaklah ditulis dengan huruf condong manakala singkatan ditulis dengan huruf normal, Asian Network for Free Elections (ANFREL). | Lain-lain | 28.03.2017 |
Hi Assalamualaikum, Saya ingin memohon nasihat untuk translasi "Malaysia Sustainable Business Network Association". Mohon dihantar maklum balas melalui email ke nurul.ain.afiqah@gmail.com. Terima Kasih. :) | Terjemahan yang sesuai bagi Malaysia Sustainable Business Network Association ialah Persatuan Rangkaian Perniagaan Lestari Malaysia. | Makna | 31.10.2016 |
Salam tuan puan. Saya nak bertanya macam terjemahan terbaik bahasa eng dibawah untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: Intergrative Pain International Network BM : Pertubuhan RAwatan Intergrasi Kesakitan Antarabangsa Kami di inquiry oleh Pendaftar Pertubuhan perkataan Kesakitan | Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Cadangan padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 21.09.2021 |
Assalamualaikum. Tuan/Puan. Saya Dr Firdaus. Boleh dapatkan pengesahan pengunaan bahasa bagi pertubuhan untuk doktor- doktor. Eng : Intergrative Pain International Network Bahasa : Pertubuhan Rawatan Intergrasi Kesakitan Antrabangsa Soalan saya, PAIN dalam nama pertubuhan di atas betul di terjemahkan sbagai KESAKITAN? Dalam English, pain management. | Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 20.09.2021 |