Frasa "gejala sosial" berunsur negatif atau neutral? | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Lain-lain | 11.07.2017 |
"Remaja terlibat dalam gejala sosial." Frasa "gejala sosial" ini berunsur negatif atau neutral? | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Lain-lain | 11.07.2017 |
Kami ingin memodenkan perkataan 'Latisan' dari Bahasa Malaysia kepada Latisa sebagai nama yang neutral dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, bagi tujuan penamaan perusahaan kawasan komersial di Kulai, Johor Bharu. Adakah nama tersebut tepat/ dibenarkan/ sesuai? | Dalam Kmjus Dewan Edisi Keempat, "latisan" bermaksud denai atau jalan dalam hutan atau rintisan. Berdsarkan maksud tersebut, kami berpendapat "latisan" tidak sesuai digunakan untuk penamaan sebuah kawasan komersial. Kami berharap pihak tuan memilih nama lain yang lebih sesuai dan mempunyai ciri keindahan bahasa Melayu. Nama yang diberikan boleh diambil daripada perkataan yang berunsurkan alam tempatan seperti tumbuh-tumbuhan, hasil bumi dan sebagainya. | Makna | 05.12.2016 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat. | Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan. Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. | Makna | 05.01.2019 |