| Apakah terjemahan sesuai dalam bahasa Malaysia bagi perkataan "Breakaway TV News" atau "Breakaway News"? Perkataan dalam Bahasa Malaysia diperlukan bagi kesesuaian perkataan tersebut dalam siaran media elektronik dan media cetak. | Berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan dicadangkan padanana bahasa Melayunya ialah berita tempatan/setempat atau warta tempatan/setempat. | Istilah | 29.01.2009 |
| Breaking News | cadangan istilah berita gempar | Istilah | 22.12.2008 |
| brehing news | cadangan - berita tergempar/ berita mutakhir | Istilah | 15.11.2008 |
| current news | berita semasa | Istilah | 07.11.2008 |
| Apakah terjemahan Fake News, Harassment, Hate Speech, Impersonation, Misconduct, Nudity, Scam, Spam, Violence | Untuk menyemak padanan istilah sedia ada atau perkataan umum, tuan boleh menyemak melalui pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan pautan https://prpm.dbp.gov.my/ Hanya istilah yang tiada dalam pangkalan data tersebut dicadangkan untuk diajukan melalui sistem Khidmat Nasihat Bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2025 |
| NTV7. Date 8 March 2007. News at 6pm. Mereka menggunakan "beliau" until seorang perogol yang dihukum 18 tahun. Sila semak. Thanks. | Beliau merupakan kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati). Jelaslah, penggunaan beliau untuk mewakili seorang perogol kurang sesuai. | Lain-lain | 08.03.2007 |
| Assalamualaikum saudara, Nama saya Mohd Ayub dan saya seorang pelajar Bahasa Inggeris di Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Saya sedang membuat kajian terhadap laman web Mukabuku dan saya ingin tahu bagaimana saya boleh terjemaahkan perkataan 'News Feed' yang sering digunakan oleh Mukabuku. Pada permulaannya, saya guna perkataan 'Berita Makanan', tapi jelas, itu bukan kata Bahasa Melayu yang tepat dan lazim digunakan. Pertolongan tuan amat dihargai, Sekian, Mohd Ayub bin Ladin Pelajar PhD Universiti Stevens York Baru Amerika Syarikat | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk News Feed. Walau bagaimanapun dalam bidang teknologi maklumat, istilah "feed" diterjemahkan sebagai suapan. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk news feed ialah suapan berita. | Istilah | 10.04.2012 |
| Cara sebutan 'e' dalam kata enduruk. Sumber: https://www.nst.com.my/news/2016/04/142184/dbp-anwar-introduced-kudapan-merarau-meal-time-names-80s | Perkataan enduruk tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. | Lain-lain | 16.10.2017 |
| liputan berita atau liputan dan berita?? | Liputan berita ialah padanan news coverage dalam bahasa Melayu, jika merujuk perkara yang tersebut maka liputan berita ialah istilah yang betul. | Tatabahasa | 10.04.2014 |
| Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930 | Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 02.05.2018 |