Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Digraf ng, adakah perkataan "datang", "pulang" dikatakan mengandungi digraf ng? Ataupun digraf ng mesti berada di depan suku kata seperti "bunga".Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwi­lambang atau huruf rangkap. Digraf boleh hadir di depan suku kata atau belakang sekiraya mewakili satu bunyi. Contoh yang diberikan merupakan digraf.Tatabahasa04.05.2013
Adakah " cantiknya " adalah perkataan digraf???Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan cantiknya.


Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa29.09.2015
Lydia Ng Meng Hui Sep 21st, 2:11pm Salam sejahtera. Saya ingin tanya tentang penjelasan bagi istilah "duct tape" dalam laman web DBP yang dengan jelasnya adalah salah. Harap2 pembetulan boleh diambil. Ini rangkaian bagi muka surat yang disebutkan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=duct+tape&d=10 Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan.Lain-lain21.09.2015
Jkeng Ch'ng Aug 3rd, 10:57am Selamat pagi. Saya guru dr KK. Bolehkah saya tanya tuan Satu soalan yg kami keliru. Satu kilo setengah atau Satu setengah kilo yg betul?Selamat pagi, Jawapan yang betul ialah satu setengah kilo.Lain-lain03.08.2015
Saya Cikgu Ng dari SJK Chung Hua No.4. Saya mempunyai satu persoalan tentang kata ganti nama diri. soalan : Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika __________ bertolak ansur. A. kita B. mereka C. dia D. kalian Terima kasih atas kemuliaan tuan.

Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika mereka bertolak ansur. - kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan ramai.

Tatabahasa07.05.2010
Angel Ng 11.08 PAGI Angel Ng Hi, I ade membuat permohonan utk iklan, agak berape lama utk dapat update ye?Selamat Sejahtera. Proses permohonan iklan mengambil masa 3 hari waktu bekerja (selepas bayaran dibuat).Lain-lain05.09.2017
Digraf adalah perkataan yang wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy. soalan saya ialah adakah perkataan "bunganya" juga adalah perkataan digraf??Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan bunganya.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa29.09.2015
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
Tatabahasa09.02.2015
Salam sejahtera Tuan; Bagaimanakah mengenal pasti sama ada digraf atau konsonan bergabung dalam sesuatu perkataan? ng, ny, st, sw, pl, pr, br, bl, sl, kl, kr Sekian terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa19.02.2014
Andrew Kh'ng Ying Hao MON 15:50 Andrew Kh'ng Ying Hao Andrew Bila akan ada kamus dewan edisi kelima?Belum ada perancangan penerbitan Kamus Dewan Edisi Kelima. Tumpuan diberikan untuk menyelesaikan Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan.Lain-lain13.02.2017
123456789

Kembali ke atas