bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasih | Sebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Apakah suku kata bagi perkataan "mengambil". Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan "Mengambil" ialah [me.ngam.bil], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bunyi bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan bunyi). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (men.gam.bil. ) | Ejaan | 24.05.2018 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |