"Salam Tuan. Alumni disebut alum-nai atau alum-ni ? sekian terima kasih." | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, alumni disebut sebagai a.lum.ni. Sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan-Jawi edisi kedua muka surat 174. | Tatabahasa | 06.02.2013 |
SAYA NAK BORANG JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI N17).SELAMA NI SAYA ISI TAK PERNAH DIPANGGIL TEMUDUGA.DAPAT KERJA TU PUN BUKAN SENANG. KALI NI DAH MASUK 3 KALI ISI BORANG. | Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan memuat turun borang tersebut melalui laman DBP. Pastikan sdr mengisi dan melengkapkan borang tersebut sebelum dihantar kepada kami. Sebagai makluman sdr, pemilihan calon temu duga dibuat setelah semua borang permohonan disemak dari aspek pengisian maklumat yang lengkap, memenuhi syarat kelayakan yang dikehendaki, melampirkan dokumen yang berkenaan, gambar disertakan dan sebagainya. Kami juga menggunakan sistem nisbah dalam menentukan jumlah calon temu duga. Sila pastikan sdr menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup. Semoga berjaya. | Lain-lain | 03.11.2008 |
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih - | 1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah. 2. Perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.10.2010 |
baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta? | Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010. | Lain-lain | 29.09.2010 |
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini. | Sdr, Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini. | Lain-lain | 16.02.2008 |
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'? | 1. Ayat itu betul. 2. Ayat tersebut tidak gramatis. 3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya. 4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
Betulkah penggunaan ayat ni: Nyahaktif | Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan. | Istilah | 17.08.2011 |
Assalamu'alaikum... saya ni orang Indonesia nak buat disvertasi menggunakan bahasa Melayu macam mana ya? | Sila rujuk bahan yang berkaitan yang boleh dirujuk di perpustakaan yang berdekatan atau universiti yang berdekatan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
asalamualaikum di DBP ni ada keje jd translater part time tak? kalo ada saya nak keje part time, tp untuk bahasa inggeris ke bahasa melayu kalo ada plz inform tq | Sdr. boleh menghubungi Puan Saaodah Abdullah Persatuan Perterjemahan Malaysia di talian 0122067076. | Lain-lain | 17.11.2007 |
SAYA NAK TANYA PERKATAAN NI BOLEH GUNA TAK?SUBSISTO BEVERAGE | Untuk makluman perkataan "subsisto" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat mencadangkan istilah bahasa Melayu yang sesuai. Padanan bahasa Melayu untuk "beverage" ialah minuman. | Istilah | 03.09.2013 |