Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.
Contoh ayat: i) Dia berbaring di atas katil sambil menyilangkan tangan ke dada.
ii) Ratna menghempaskan badannya ke atas katil.
Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.
Contoh ayat:
i. Kepimpinan melalui teladan ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.
Jawapan:
i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti
Thanks for clicking. That felt good.