Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ and, (colloq) sedap dan... : the tea is ~ and hot, teh itu sedap dan panas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. (colloq) pleasant, agreeable, a. (visually) menarik, cantik: you look ~ today, kamu kelihatan menarik hari ini; that’s a ~ house, rumah itu cantik; b. (to taste, smell) sedap: the pudding’s ~, puding ini sedap; this flower has a ~ smell, bunga ini sedap baunya; c. (of weather, day, environment, etc) nyaman; d. (of person, person’s manners) baik: we’ve got a ~ boss, bos kami baik; it was very ~ of him to help us, baik sungguh dia menolong kami; 2. (colloq) enjoyable, menyeronokkan: a ~ party, parti yg menyeronokkan; it is ~, seronok: it’s ~ to see you again, seronok bertemu dgn saudara lagi; 3. fastidious, cerewet: he is ~ in his dress, dia cerewet ttg pakaian; 4. (fml) subtle, halus: a ~ distinction, perbezaan yg halus; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nice

Peribahasa

641

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Musang berbulu ayam

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu ayam. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengesahkan terjemahan dan bertanya soalan. 1. Frasa Inggeris seperti "Have a good day", "have a nice day", jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, menjadi "Selamat menjalani hari yang indah", adakah diterima? Tidakkah ia agak terlalu panjang? Adakah terdapat frasa gantian lain yang setara maksudnya? 2. Baru-baru ini, saya ada membaca berita mengenai servis yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan dalam berita tersebut ada menggunakan perkataan "nirwayar". "Internet Jalur-Lebar Nirwayar". Saya telah membuat carian di PRPM, namun perkataan ini tidak wujud. Bolehkah saya tahu makna perkataan ini? Sekian, terima kasih.Maksud ayat 'Have a good day' dan 'have a nice day' membawa maksud yang sama, iaitu selamat menjalani hari yang indah atau baik. Perkataan nirwayar pula bermaksud tanpa wayar, nir memberi maksud tanpa. Sekian terima kasih Makna08.08.2019
Mohon semakan terjemahan ini Have a nice day. Semoga hari anda indah. Terima kasihDalam konteks budaya kita, ucapan selamat yang hampir sama seperti "semoga anda ceria hari ini".Penyemakan dan penterjemahan06.11.2017
Mohon semakan terjemahan You gave those bushes a nice trim. Awak memotong pokok renek itu dengan baik sekali. *Saya menggunakan pokok renek kerana bushes itu merujuk kepada rose bush bukan semak atau belukar. Terima kasihAnda memotong pokok renek itu dengan baik sekali.Penyemakan dan penterjemahan06.11.2017
Bagaimana hendak menterjemahkan "Have a good day" atau "Have a nice day"?Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada "hari yang Bertuah" atau "Hari yang Indah", bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan06.06.2015
Saya sering terjumpa perkataan ini ketika membaca. "It will add a nice kick to the curry." "The chili will add some kick to the tequila." Bagaimana hendak menterjemahkan perkataan "kick" dalam bahasa Malaysia?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "kick' ialah lebih sedap atau lebih lazat.
Contohnya:
Cili  akan menjadikan "tequila" lebih sedap.
Bahan tersebut akan menjadikan kari lebih lazat.
Istilah12.10.2016
Dear Tuan/Puan, Salam Sejahtera, FYI Due to DBP website server down, and we are urgent to get this approval from DBP, we apply this start on 18th May till now we haven get any reply, we really need your help and check again for the attach visual a.s.a.p. Thank you so much for your help. Have a nice day. Our No.pendaftaran 30433/2017 Majilis Bandaraya Johor Bahru Company name : Apexone Printing Sdn Bhd Hatten Group - JBCC Street Bunting Best Regard Apexone Printing Sdn BhdPermohonan tuan telah diproses. Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi.Lain-lain24.05.2017
kepada tuan/puan, Persoalan tentang pembahagian golongan kata dalam bahasa Malaysia.. Dalam Bahasa Melayu biasanya golongan kata dibahagikan kepada 4 golongan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. tetapi dalam bahasa english golongan kata dibahagikan kepada 8 golongan iaitu, kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata adjektif, kata sendi nama, kata gabungan dan kata seru. selain itu terdapat bahasa-bahasa lain juga dibahagikan kepada lebih daripada 8 golongan. Persoalan saya ialah mengapa penggolongan kata dalam bahasa melayu dibahagikan kepada 4 golongan yang berdasarkan kriteria endosentrik(kata nama, kerja, adjektif) dan eksosentrik(kata tugas)?. bahasa-bahasa lain seperti dalam bahasa english dan bahasa korea, soalan endosentrik dan eksosentrik juga wujud tetapi mereka masih membahagikan golongan kata mengikut fungsi-fungsi tertentu berdasarkan faktor sintaksis. Disebabkan kata-kata tugas mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, dalam pengajian kita tidak seharusnya menganggapnya sebagai dalam satu golongan. tetapi dalam kebanyakan buku tatabahsa golongan kata terbahagi seperti ini. ini menyebabkan kewujudan satu pertanyaan dalam fikiran saya. Dengan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas balasan surat yang akan datang. sekian terima kasih have a nice day^^

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur ini yang dapat menjadi wakil bagi frasanya, manakala frasa eksosentrik ialah frasa yang tidak terdapa unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya, contoh frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim.

Tatabahasa05.06.2009

Kembali ke atas