Apakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang mempunyai gelaran Nik contohnya Nik Ahmad bin Nik Salam? Adakah perlu dipanggil dengan panggilan Yang Mulia Nik Ahmad bin Nik Salam? | Panggilan bagi yang mempunyai gelaran nik seperti Nik Ahmad ialah encik/tuan. | Lain-lain | 18.09.2011 |
saya keliru bagi penggunaan gelaran untuk keturunan Nik, adakah perlu menggunakan Yang Mulia atau tidak? | Jika Nik yang dimaksudkan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan, sebaliknya jika Nik tersebut daripada kalangan kerabat diraja, gelarannya ialah Yang Mulia. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Saya Nik-azfar Nikdeha sedang belajar Bahasa Melayu dasar, di Pusat Bahasa Antarabangsa ingin bertanya.Tentang tatabahasa melayu ayat pasif yang saya tidak faham.Terima kasih. | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing).Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
macam mana cara untuk saya dapatkan alamat email Prof Dr Nik Safiah Karim?. saya pelajar PhD dlm bidang IT. sekarang saya sedang membuat kajian untuk menghasilkan rules atau rumus struktur frasa (RSF) BM. saya rujuk buku tatabahasa dewan 3 oleh Nik Safiah cthnya (Ayat=subjek+predikat, subjek=frasa nama/frasa kerja, frasa nama=kata nama+kata bantu)..ada tak rules RSF BM yang lebih detail? atau sesiapa yang boleh saya hubungi yang menganalisis tentang bahasa.. | YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.07.2011 |
Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama..... | Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. | Lain-lain | 21.09.2011 |
Assalamulaikum, Saya sukacita memohon untuk mendapatkan email atau alamat atau no telepon Prof. Nik Safiah karim. kerana untuk kegunaan buku 50 tahun sambutan penubuhan DBP pada tahun ini., Saya terpaksa juga menggunakan ruangan ini. Mohon maaf yang dilakukan ini bertentangan dengannya. sekian, harap dapat belasanya. | Prof. Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur dan nombor telefonnya: 016-6852838. Selamat menyambut ulang tahun ke-50 DBP Brunei. | Lain-lain | 13.06.2011 |
Apakah perbezaan ketara antara Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dengan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia yang ditulis oleh Hassan Alwi? Umum mengetahui Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik untuk menghuraikan konsep tatabahasa, apakah pula pendekatan yang digunakan dalam Tata bahasa bahasa Baku Indonesia? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kertas kerja seminar bahasa atau makalah yang ada membincangkan ciri-ciri dan perbandingan antara dua buku tatabahasa tersebut. | Lain-lain | 01.06.2013 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi istilah 'role model' dan 'tone'. | Saudara Nik, Padanan bahasa Melayu bagi 'role model' ialah model peranan dan 'tone' ialah nada atau ton. | Istilah | 09.09.2009 |
fungsi dan peranan bahasa,penggunaan bahasa,kebaikan dan keburukan bahasa,prinsip bahasa | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa dan Fungsintya dalam masyarakat.Nik Safiah Karim . Pelita Bahasa : 1/09/1990 2. Fungsi bahasa. Teo Kok Seong. Pelita Bahasa.1/05/2000 | Lain-lain | 21.01.2008 |
Ejaan persisiran atau pesisiran. Berdasarkan Kamus Komprehensif Bahasa Melayu oleh Arbak Othman disemak oleh Nik Safiah Karim ejaannya ialah pesisiran manakala di dalam khidmat nasihat DBP ialah persisiran. Harap mendapat maklumbalas. | Ejaan yang betul ialah pesisiran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 127. | Ejaan | 09.09.2008 |