Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nilainya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu.
Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit.
Makna12.05.2020
Apakah perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden?Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Bahasa Melayu Moden ialah bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris.Makna11.06.2012
adakah selepas perkataan serangkai seperti bagaimanapun dan walau bagaimanapun di awal ayat perlu diletakkan koma (,) selepasnya? contoh ayat: bagaimanapun, pendedahan ini tidak boleh ditentukan kuantitinya atau dipastikan nilainya pada masa ini.Tidak perlu meletakkan tanda koma (,) selepas perkataan bagaimapanpun/walau bagaimanapun. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, Bab 6 Tanda Baca untuk keterangan lanjut.Tatabahasa27.01.2010
Mohon penerangan secara terperinci berkaitan dengan definisi bahasa klasik dan senarai contoh bahasa klasik. Terima kasih.Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi.Makna23.07.2013
mengapakah istilah 'klasik' merujuk kepada kesusasteraan Melayu klasik lebih sesuai digunakan berbanding istilah lama atau tradisional?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut.   Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini  makna  kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua  perkara berbeza.

Makna21.04.2009
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa.

Lain-lain13.07.2010
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja.Tatabahasa12.12.2012
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasihDalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir.


Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
Tatabahasa02.04.2013
Salam Sejahtera, Saya ingin memastikan bahawa kini, perkataan "standard" boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia? sebagai contoh "escalate" telah digunapakai sebagai "eskalasi". Sekiranya ya, mohon juga jelaskan maksud "standard" Terima Kasih,

Perkataan 'standard' telah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, standard bermaksud, 1. sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatun yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll) 2. taraf (kehidupan) 3. sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga)  4. (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ms. 1523. Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah mencetuskan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation ialah peningkatan, perluasan atau penambahan. 

Makna25.01.2011
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK,Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih.Makna13.09.2008
12

Kembali ke atas