Salam. Bagaimanakah menggunakan perkataan "masing-masing" dengan betul? 1. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah 19 dan 9 masing-masing. 2. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. 3. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah masing-masing 19 dan 9. | Penggunaan yang betul ialah Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. | Tatabahasa | 29.07.2019 |
Tuan, Bagaimanakah kaedah yang betul untuk memasukkan nombor dalam ayat. kebiasaannya saya akan menggunakan seperti berikut: ....dua (2) unit rumah kedai.... .... 12 unit rumah kedai... iaitu perkataan disusuli nombor dalam kurungan bagi nombor satu digit, manakala nombor sahaja bagi nombor dua digit ke atas. | Cara menulis nombor seperti yang saudara lakukan adalah betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas hendaklah dieja. | Tatabahasa | 26.07.2011 |
beberapa perkataan tiada dalam kamus: 1. binari "binari" tidak terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat. adakah perkataan ini tidak diterima sebagai perkataan bahasa melayu? Cth: "nombor-nombor binari" 2. hubaya dalam kamus dewan, terdapat "hubaya-hubaya" sebagai kata dasar. jika "hubaya" sahaja tanpa kata gandanya, adakah dikira satu perkataan bermakna? | 1. Dalam bahasa Melayu disebut nombor binar atau perduaan. 2. Hubaya-hubaya ialah kata yang betul dan membawa makna. | Lain-lain | 13.02.2009 |
Mana satukah ayat berikut adalah betul? 1) Nombor itu didarab dengan sendiri dua kali 2) Nombor itu didarab dengan nombor yang sama dua kali Adakah "sendiri" digunakan dalam konteks manusia sahaja? Terima kasih. | Ayat kedua adalah yang gramatis - Nombor itu didarab dengan nombor yang sama dua kali. kata sendiri seperti dalam ayat pertama tidak sesuai dengan konteks ayat yang digunakan kerana sendiri bermaksud seorang diri atau tidak berkaitan dengan orang lain. Kata sendiri digunakan dalam konteks manusia. | Tatabahasa | 01.03.2011 |
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nombor siri? adakah ia bermaksud nombor kemasukan, rekod atau pendaftaran | Nombor siri ialah nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya nombor yang dicetak pada wang kertas. | Makna | 18.05.2011 |
Apakah cara penulisan nombor dalam ayat BM. Biasanya saya menulis " satu (1) kertas kerja", " dua puluh (20) kertas kerja". Penulisan Bahasa Inggeris ada peraturan bagaimana untuk menulis nombor 0-9 dan nombor dua digit contohnya, "I bought eight candy bars from the vending machine. I average eating 29 candy bars per month." Terima kasih. | Dalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Frasa yang betul ialah "satu kertas kerja", " 20 kertas kerja". | Tatabahasa | 04.03.2015 |
1. Nombor telefonnya telah ditukar. 2. Nombor telefonnya telah bertukar. Adakah kedua-dua ayat betul? Jika ya, apa bezanya "ditukar" dan "bertukar"? Terima kasih. | Perbezaan imbuhan ditukar dan bertukar dalam ayat "Nombor telefonnya telah ditukar." dan "Nombor telefonnya telah berttukar": Awalan di- digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Manakala kata kerja ybertukar ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. Kesimpulannya ayat Nombor telefonnya telah betukar merupakan ayat yang tidak sempurna dan salah kerana tidak berpelengkap. Untuk rujukan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 163 - 164 dan halaman 175 - 176.
| Tatabahasa | 22.10.2017 |
nombor pendaftaran 21578/2015 & 21373/2015.kita dafter pada 29/05/2015 belum ada reply. | Kedua permohonan tuan telah disemak. Sila buat pembetulan dan kemukakan semula kepada kami dan tekan kemas kini. | Lain-lain | 03.06.2015 |
nombor pendaftaran 12323/2015 tajuk pemohon:UNCLE LIEW KOPITIAM nama syarikat :UNCLE LIEW KOPITIAM 04/04/2015 BARU bila boleh dapat maklum balas terima kasih | Permohonan tuan telah diluluskan. Sila klik semula domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 06.04.2015 |
nombor dengan simbol perlu ditulis dekat atau jauh? contoh: 500 g atau 500g RM 1 atau RM1 25 cm atau 25cm | Lazimnya simbol yang terletak di hadapan angka dirapatkan seperti RM1 tetapi jika hadir dibelakang angka maka perlulah dijarakkan 500 g atau 25 cm | Lain-lain | 14.11.2006 |