Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.mi.nal] | نومينل

Definisi : 1. sangat kecil atau sedikit sahaja berbanding dgn nilai, kos, harga dsb yg se­benarnya: kami hanya dikenakan sewa ~; 2. IB menurut apa yg tertulis atau tercatat sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nominal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi post-nominal? Post-nominal ini yang singkatan darjah kebesaran yang dikurniakan selepas nama orang. Contohnya DK.Post-nominal bermaksud darjah kebesaran, sementara 'DK' merupakan singkatan darjah kebesaran.Makna24.03.2018
apa maksud ayat nominal dan ayat akusatif? berikan contoh juga. tq

 

Ayat nominal, iaitu ayat yang tidak menggunakan kata kerja, contohnya Demikianlah laporan Hashim Saad dari Canberra. Tidak ada dalam sumber rujukan kami contoh penggunaan ayat akusatif, sila rujuk buku linguistik untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang ayat tersebut.

Tatabahasa20.10.2010
Adakah bahasa Melayu dan Inggeris menggunakan bentuk ayat verbal? Kerana berdasarkan pemerhatian saya, semua ayat bahasa Inggeris dan Melayu hanya menggunakan ayat nominal. Hanya bahasa Arab menggunakan kedua-dua model ayatBerdasarkan buku Tatabahasa Dewan, tiada bentuk ayat verbal dan ayat nominal digunakan dalam bahasa Melayu. Tatabahasa11.02.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

jumper - jumper
harness - abah-abah
flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap
optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal
mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung
mateable - boleh sambung
wet-mate - penyambung basah
fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber
1out harness - 1out harness
nominal - nominal
mate/unmated - sambung/tak sambung
stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang
diver - penyelam
Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut
bulkhead - dinding sekatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Lain-lain22.06.2021

Kembali ke atas