Noor Izzati Abdul Hanid SAT 10:05AM Noor Izzati Abdul Hanid Noor Izzati Salam DBP. Saya nak tanya. Saya faham ialah untuk Frasa Nama. Adalah untuk Frasa Sendi Nama dan Frasa Adjektif. Bagi frasa kerja, perlu guna apa ye. Contoh, Antara cara pemakanan yang sihat adalah makan makanan yang seimbang. Boleh ke penggunaan adalah dalam konteks ayat ini. Atau perlu guna ialah | Tidak ada kata pemeri (ialah dan adalah) yang hadir sebelum kata kerja. Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. | Tatabahasa | 13.02.2016 |
Noor Aishikin Daud Shikin SUN 17:54 asalamualaikum, saya ingin bertanya apakah tema hari buku sedunia pada tahun ini... | Kami cadangkan puan bertanya kepada Perpustakaan Negara berkenaan hal tersebut kerana tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 16.04.2017 |
Terima kasih Noor Izzati Abdul Hanid Noor Izzati Jika saya tambah kata sendi nama selepas kata pemeri 'adalah'. Ayatnya dapat dikira betul dalam BM kan Contohnya, Antara cara pemakanan yang sihat adalah dengan makan makanan yang seimbang. | Kata pemeri "adalah" mesti diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif, seperti dalam contoh ayat pertama dan kedua. Dalam ayat ketiga kata sendi nama "untuk/bagi" perlu hadir selepas kata "adalah" bagi melengkapkan ayat, namun dalam ayat keempat kata pemeri "adalah" boleh digugurkan. | Tatabahasa | 17.02.2016 |
Fidah Noor Apr 27th, 2:30pm salam..mcmne cara untuk sy mohon sumbangan buku utk pusat sumber sek | Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 27.04.2015 |
Rosmawarty Mohd Noor JUM 2.36 PTG Rosmawarty Mohd Noor Assalam..Tuan..boleh bertanya bolehkah kita guna attitude dalam ayat bahasa melayu dan bagaimana cara ingin menggunakannya.t.kasih | Terjemahan attitude dalam bahasa Melayu ialah sikap atau lagak dan disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.10.2017 |
Nurul Ain Mohd Noor Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Nurul Ain binti Mohd Noor merupakan pelajar tahun 3 kursus Pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya akan menjalani latihan industri/praktikal mulai Julai sehingga Ogos tahun ini. Saya ingin mengetahui sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia menerima pelajar praktikal. Kami dinasihatkan mencari dahulu tempat praktikal manakala pihak UKM sendiri akan menghantar notis dan surat berkenaan hal ini kepada pihak tuan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Waalaikumussalam puan, untuk makluman DBP boleh menerima pelajar praktikal di sini. Sekiranya puan berminat untuk menjalani latihan industri di DBP boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-2147 9341 (Puan Fairuz). Sekian terima kasih | Lain-lain | 07.02.2017 |
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya. | Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah: Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya. | Tatabahasa | 19.06.2014 |
Nur Fatimah Mohd Noor SAB 9.03 PTG Assalamualaikum.saya ingin bertanya..pihak DBP ada tak mengeluarkan kamus daftar kata jawi.. Ejaan jawi terkini.. klo ada..di manakah saya boleh dapatkan kamus tersebut? | Untuk membuat rujukan berkaitan ejaan jawi, Puan boleh dapatkan buku "Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016. | Lain-lain | 13.06.2017 |
Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Sejahtera. Saya Noor Athirah binti Azmi, pelajar praktikal di Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya telah diberi tugas untuk menterjemahkan beberapa cadangan tema Hari Statistik Negara yang akan diadakan pada 20 Oktober 2017 yang akan datang. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan empat cadangan tema versi Bahasa Inggeris sempena sambutan tersebut untuk diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu dalam konteks ayat dan makna perkataan yang lebih sesuai bersempena sambutan Hari Statistik Negara. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan cadangan yang paling bernas untuk mendapatkan tema sambutan ini dalam versi Bahasa Melayu. Terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan. | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun kami boleh membantu puan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam penterjemahan yang telah dibuat terlebih dahulu. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
assalamualaikum, saya naim shauqi bin mohd noor ingin bertanyakan penggunaan ayat dalam peribahasa melayu yang manakah yang betul digunakan? "membuka pekung di dada" atau "membuka bekung di dada" harap pihak tuan/puan dapat memberi respon pada pertanyaan ini secepat mungkin, terima kasih. | Encik Naim, Yang betul ialah membuka pekung di dada. | Lain-lain | 29.12.2010 |