Nor Aiman ISN 12.31 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin mengetahui bagaimana untuk menjemput DBP untuk menjalankan Audit Bahasa di agensi kerajaan ya? Terima kasih. | Untuk maklumat lanjut berkaitan Audit Bahasa, sila hubungi Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan: Puan Aminah binti Awang Basar, melalui talian 03-2147 9656. Terima kasih. | Lain-lain | 07.08.2017 |
Nor Liana SUN 21:50 Pustakawan kepala batas Tinggal di permatang sintuk. Ada jawatan kosong tak? Mcmana mahu mohon | Pihak puan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Permohonan perlu dihantar secara manual ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Lain-lain | 01.01.2017 |
Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online. | Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir. | Lain-lain | 26.11.2015 |
Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber... | Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 06.09.2015 |
Nor Sa'adah May 18th, 3:13pm Assalam... saya Sa'adah pelajar PhD (Library&Information Science) UIA dengan topik kajian berkaitan kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu. Boleh maklumkan kepada saya siapa pegawai yang harus dihubungi untuk membantu saya mendapatkan statistik kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu di DBP? Mohon respon daripada pihak DBP, terima kasih. | Waalaikumussalam, Puan Sa'adah, Untuk menjawab persoalan puan ini, puan boleh menghubungi Puan Kamariah Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka melalui telefon 03-2147 9545 ataupun melalui e-mel, kamariah@dbp.gov.my. Sekiranya beliau tidak dapat dihubungi, puan juga boleh menghubungi pegawainya, Encik Nik Aman bin Nik Yusoff melalui telefon 03-2147 9555 ataupun melalui e-mel, aman@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.05.2015 |
Nor Ashikin Mohd Saad Aug 2nd, 10:13am Salam, saya tengah mencari maklumat mengenai BBK 2014 tetapi tidak menemui tema pada tahun ini. boleh saya tahu tema tahun ni | Tema Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 ialah 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara. | Lain-lain | 02.08.2014 |
Che' Nor Nov 23rd, 9:46am Assalamualaikum.. merujuk kpd pembelian buku d DBP.. sehingga kini sy tidak menerima sebarang buku dari pihak tuan.. harap maklum. kerjasama amat dperlukan. Maklumat penting Shipping Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Billing Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Your order is confirm RHB Bank Name : Alam Murni Sdn. Bhd. Account Number : 21242400031720 Email: payment@dbp.gov.my Order : Topologi RM7.50 Calendar in Islamic Civilization Modern RM12.50 Langganan Majalah DBP RM60.50 Seni Bina Islam Berdasarkan Seni Bina Organik dan Nilai Islamiah RM28.00 Total : RM108.50 Shipping : RM5.50 Taxe : RM0.00 Total : RM114.00 | Kami panjangkan aduan tuan kepada pegawai di Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 23.11.2015 |
Mardhiyyah Nor Azizan Oct 23rd, 10:21pm Salam alaik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya tidak dapat menghantar mesej ke akaun Facebook rasmi Bajet 2016. Hal ini demikian kerana akaun tersebut tidak menyediakan pilihan tersebut. Saya berharap agar pihak Tuan dapat menegur pihak penyelia laman, agar menggunakan ejaan lengkap, bukan singkatan, bagi memartabatkan bahasa dan menjaga kredibiliti agensi kerajaan. ini adalah url untuk ditegur atau dipantau https://m.facebook.com/bajet2016 | Terima kasih atas makluman puan berhubung dengan perkara tersebut. | Lain-lain | 23.10.2015 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya sedang membuat kajian tentang sensemaking guru perakaunan. Tajuk kajian adalah: Meneroka sensemaking guru Perakaunan tentang pengajaran dan pembelajaran atas talian. Akan tetapi, untuk term 'sensemaking' di dalam tajuk, saya mempunyai kesukaran untuk mencari term yang sesuai digunakan di dalam bahasa melayu. Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa”. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2020 |
Assalamualaikum, saya Nor Adirah. Maaf, bolehkah saya mendapatkan khidmat terjemahan untuk senarai yang telah saya lampirkan. Terjemahan daripada penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dengan betul. "Voice" ini digunakan dalam sistem penggera yang berbentuk arahan. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Sila beri padanan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu untuk pihak DBP menyemak kesesuaian padanan tersebut. Puan juga boleh mendapatkan perkhidmatan melalui Persatuan Penterjemah Malaysia. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 23.12.2019 |