Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nora


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Nora, kamu sertai pertandingan itu?" "Nora, kamu menyertai pertandingan itu?" "Nora, mahukah kamu menyertai pertandingan itu?" "Nora, mahukah kamu sertai pertandingan itu?" "Nora, pertandingan itu kamu sertai?" Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

Akhiran –i membentuk kata kerja transitif, dan wujud dengan awalan meN- atau di-. Kata kerja yang hadir dengan akhiran –i tanpa awalan hanya dalam dua bentuk, iaitu:

(I)   Dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua, contohnya: Perangai yang baik itu akan kami contohi.

(II) Dalam ayat suruhan: Tolong baiki basikal yang rosak itu.

Maka, ayat yang betul untuk soalan anda adalah seperti yang berikut:

1.   "Nora, kamu menyertai pertandingan itu?"

2.   "Nora, mahukah kamu menyertai pertandingan itu?"

Tatabahasa18.10.2014
1. Nora membeli buku atau pembaris di kedai. 2. Nora membeli buku dan pembaris di kedai. Yang mana satu ayat menggunakan kata hubung dengan betul? Sekian, terima kasih.Ayat penyata yang betul ialah " Nora membeli buku dan pembaris di kedai ".  'dan' merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama sifatnya.Tatabahasa22.08.2011
Respon manakah yanh betul??? Selamat datang, Rajan. Silakan masuk. respon 1 : Baiklah, Puan Nora. respon 2 : Terima kasih, Puan Nora.Respons yang lebih sesuai:
 
"Selamat datang, Rajan. Silakan masuk."
"Terima kasih, Puan Nora."
Tatabahasa23.05.2018
Tuan boleh tolong jelaskan ayat berikut yang manakah betul dan sila beri penerangan.terima kasih. 1. Arun memberi Nora buah rambutan. 2. Arun memberi buah rambutan kepada Nora.

Kamus Pelajar DBP menerangkan bahawa:

-      memberi – menyebabkan seseorang menerima sesuatu

Contoh: Ia memberi anak-anaknya wang saku.

 

-      Memberikan – menyerahkan sesuatu kepada

Contoh: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

 

Ayat yang betul (1) Arun memberi Nora buah rambutan Arun dan ayat  (2) Arun memberikan buah rambutan kepada Nora.

Tatabahasa05.05.2017
Salam, antara berikut, yang manakah betul? 1. Menulis di atas kertas 2. Menulis pada kertas 3. Cikgu Nora menulis pada papan putih. 4. Cikgu Nora menulis di atas papan putih. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "menulis pada kertas" dan "menulis pada papan putih", kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa23.05.2013
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketatJawapan yang sesuai ialah C dan D.Tatabahasa03.11.2015
adakah frasa 'bergiat cergas' gramatis dalam ayat 'Puan Nora bergiat cergas dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan perumahannya.' jika tidak, apakah yang sepatutnya ditulis? terima kasihMenurut data kami, rangkai kata bergiat cergas tidak sesuai digunakan. Oleh itu, rangkai kata yang lebih sesuai digunakan ialah bergiat aktif.Tatabahasa02.07.2019
kata lawan bagi selesaSalam saudari Nora,

Lawan bagi perkataan selesa ialah RIMAS
Makna17.09.2012
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ?Puan Nora,

Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki
Ejaan03.10.2012
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
12

Kembali ke atas